Thursday, March 31, 2011

jum fahami lelaki-lelaki anda!..





ada yang rasa da faham.. ada yang masih ragu-ragu dan ada yang langsung tak paham.. so meh sama-sama kita kaji.. adakah anda betol-betol dah memahami atau masih dalam keadaan ragu-ragu dan penuh tanda tanya.. check it out!.


1. Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu di sampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas mengenai sesuatu perkara. tanyala secara terbuka kepada lelaki.


2. Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang di maksudkannya. ini bukan beerti dia berbohong. maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya.


3. Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.


4. Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. jika dia pada kebiasannya suka membaca tetapi tidak melakukannya mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.


5. Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. kejujuran adalah penting bagi lelaki. dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.


6. Lelaki tidak suka di kritik
Jangan mengkritik lelaki melainkan jika anda sedia bertikam lidah dengannya. lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. mengkritik di belakangnya. contohnya kepada saudara atau kawannya mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. cara yang baik untuk mengkritik lelaki adalah dengan berjenaka dan lembut. cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan jarang dilakukan oleh lelaki. bila lelaki mahu mengkritik masa dan keadaan dipilih dengan teliti. bila menegur perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


7. Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata.


aku kenal torres aku.. ahaks~



p/s:.. betul ka ni wahai para lelaki di luar sana?..hoho




3 comments:

Ema Washif said...

mcm betul juga ni kan..tp mbe lelaki perlu faham pompuan lebih banyak lepas ni=P

elnino moona said...

ema:..ya..ya.. sama2 saling faham memahami..:)

Ap said...

ya kaaa. n this is written by a girl.haha.
well, aku rsa cam byk discrepancy ja ngn aku. n aku laki :)

sja myibok at the moment of