Wednesday, March 02, 2011

awak cikgu ker?..erm...





pagi ini keadaan di  makmal dalam suasana yang sejuk, hujan renyai-renyai di luar. mataku rasa sangat mengantok..ditemani dengan bunyi server yang memekakkan telinga.. aku sempat terlelap di mejaku yang penuh dengan fail-fail ini.. aku berfikir tentang kerja aku yang masih belum aku laksanakan..hari ini pun makmal kembali sunyi.. program menonton tuk matapelajaran psk suda selesai kemarin.beberapa hari yang lalu dunia broadbandku mengalami masalah.. iya bagiku masalah sebab aku tidak dapat nak main games cityville di facebook.. ahaks.. sangat menjengkelkan bukan.. rasa seperti kanak-kanak yang merengek tidak di belikan aiskrim..

tadi meminjam sekejap broadband cikgu tuk login maybank.2u.. boleh la plak.. lancar saja aku meloginkan diri dan membuat transaksi yang di kehendaki.. TAPI kenapa broadband aku tak dapat.. mengapa?..kenapa?.. aish.. aku dah mula membuat muka monyok.. geram.. aku malas kalu servis yang kurang memuaskan gini.. sudahla tiap bulan aku bayar lebih dari mereka yang lain-lain.. sangat tidak adil ok. 

oya.. sudah lari dari tajuk asal.. di sebabkan berukband punya angkara.. terus melalut entah kemana-mana.. wah!.. kuasa berukband sangat kuat sekarang ya.. seperti mempengaruhi kehidupan seseorang.. tanpa berukband semua benda tak jalan.. ek?.. yeke tuh.. hehehe.. aku cuma mampu tersenyum.

berbalik ke topik asal.. awak cikgu ker?.. erm.. rasa segan dengan gelaran itu.. sebabnya aku bukanlah warga pendidik yang sebenar..aku cuma salah seorang pekerja yang bekerja di sekolah.. iya kawan-kawan sekolah.. bukan pejabat atau jabatan.. mentality masyarakat biasala.. kalau dengar seseorang kerja kat sekolah.. minda dah set.. 'mesti cikgu tuh'.. sama jugak kesnya seseorang yang bekerja di hospital.. memang dah dari kecil kita berfikiran macam tu.. nak salahkan sesiapa kan.. cuma aku nak pointkan di sini ialah aku segan dengan gelaran itu.. aku segan kalu ada yang gelar aku dengan gelaran itu.. 

'cikgu'.. sangat mulia gelaran bagi insan yang bekerja sebagai cikgu.. jasa-jasa kalian memang sukar di balas.. aku bukannya cikgu.. aku cuma seorang juruteknik komputer.. juruteknik komputer yang bekerja di sekolah ya kawan-kawan.. jauh bezanya tuh.. rasa segan nih makin terasa di sebabkan berada di persekitaran sekarang.. kalu terserempak dengan student dorang bagi salam.. dan anggap aku ni cikgu.. kalu dalam masa yang sama terserempak dengan student dan ada cikgu lain.. terus cikgu tuh pandang semacam dengan aku.. aku segan ok.. aku tau taraf aku tidak sama dengan cikgu itu.. 

aku segan.. tersangat-sangat.. pernah satu kes.. di tahun 2009.. aku tolong bagi kertas ujian tuk murid form1.. masa tuk pusing2 aku cari guru yang sepatutnya masuk kelas itu.. tapi hampa tak jumpa, so aku pi masuk kelas.. biasalah dah masuk kelas.. student bagi salam..'assalamualaikum cikgu'.. aku rasa segan dan dalam masa yang sama aku bangga.. best rasanya dapat gelaran itu.. seronok rasanya dapat ucapan salam daripada student-student setiap kali kita masuk kelas.. pastu tengok muka-muka pelajar yang seperti eksited ingin mendapatkan ilmu daripada gurunya.. beruntungnya.. anda sangat beruntung wahai cikgu-cikgu sekalian.. aku terasa seperti ingin menjadi cikgu plak.. hehehehe


moon a.k.a cikgu murni.. 
aku dapat gelaran ni dari rakan-rakan di admin.. ahaks

pas kes itu.. aku memang tak nak masuk mana-mana kelas ganti atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran.. lari dari bidang tugas aku yang sebenarnya tuh.. cukup la sekali..walaubagaimanapun.. aku beruntung dapat kerja kat sekolah.. aku dapat mengimbas kembali zaman-zaman persekolahan aku..sekurang-kurangnya aku dapat rasa 'gelaran' cikgu itu.. bangga wei.. hohoho

p/s:.. pas buat entry ni rasa segar la plak.. tadi mengantok gila.. haha



3 comments:

Gen2Merah said...

tapi macam ada iras-iras cikgu la.. hehe

elnino moona said...

ramai yg ckp mcm tuh.. sy sgt segan ok.. hoho~

Luqman Hakim said...
This comment has been removed by the author.