Thursday, May 07, 2009

toolboxku...


boxku... masi baru lagi nih.. wah berkilat gtu..


bnda dlaman box tersebut... eh2 sampul kamera pun terselit skali..aiyaa..


nih cd holder.. tmpt aku simpan software2ku.. sila2 sepa mo pnjm.. tp cd holder nda leh amik r.. logo liverpool tuh HARUS okey..


crimping cabel.. benda nih tuk ketatkan RJ45 kabel.. tuk wat kabel tuh sempurnala katakan..


nila RJ45.. cumel kan bnda alah nih.. bnda nih penting tuk wat kabel.. terutamnya kabel tuk internetla.. samada mo wat cross cabel or straight kabel..


nih cth kabel yg da siap.. da pasang ngn RJ45 tu..pas da wat kabel nih kena test lak.. samada smbgnnya btol atau tdk..


kabel tester.. bnda nih tuk test kabel tadik samada smbgn btol or tdk..




step by step cara test kabel tuh.. pastikan kabel tester tu ada betri ok.. kalu wana merah tu on mksdnya okla da leh test.. pastu mskkn dua2 kabel lam kabel tester tu n test.. nmpk kan kerlipan lampu2 d stp nombor2 lam kabel tester tersbt.. kalau nyalaan ikut susunan mksdnya kabel tdik ok.. leh d gunakan da..


cutter nih tuk potong kabel UTP kalu mo msukkan RJ45 tuh..


bnda nih sama gak fungsinya ngn bnda d atas...


nih skru driver.. bnda nih tuk bukak apa2 yg patut..wahahah suma tau pa fungsi bnda nih kan.. nda pyhla aku describe byk2..


inila aku.. pegawai yg bertanggungjawab tuk suma bnda2 d atas.... ceh pegawai kunun.. nda pa prasan kejap..haha..=D

Wednesday, May 06, 2009

senarai tugas juruteknik komp..

Bertanggungjawab Kepada Pengetua dan Penolong Kanan 1 Di Dalam Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut::

1. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:

1.1. Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.

1.2. Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb.

1.3. Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dsb

1.4. Help-desk dan 1st Level Support

1.5. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.

2. Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah

4. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU

5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SBT dsb

6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa