Friday, April 30, 2010

..selamat HARI PEKERJA 1 mei 2O1o...

taun nih masuk taun kedua aku menyambut hari pekerja.. sebagai seorang pekerja..hehehehe~~
esok 1 mei.. selamat hari pekerja kepada semua pekerja2 d seluruh negara..
esok aku mo relek2 sajala.. namo wat keja.. wakakakaka =))
da namanya ari pekerja kan.. so bek tdo..ahaks..;p

Monday, April 26, 2010

Lagenda Budak setan~~




Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?








Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga. . . yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka. . . aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat ilahi. . . setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau mungkin untuk sementara.
Bagai tak terpijak kakinya di bumi, bagaikan langit jatuh menghempap diri. . . dugaan tiada terperi dengan pemergian Ayu menemui ilahi. Katerina hadir lagi, dengan sisa cinta suci yang tiada berbelah bagi, mewarnakan semula pelangi cinta Kasyah yang telah mati. Mungkin di persada indah akhirnya, antara Kasyah dan Katerina, atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan? Penuh debaran, bersilih cabaran. . . yang datang dan yang pergi. . . semuanya mengusutkan keadaan. Kejelitaan Zahirah mengocak damai. . . kerakusan Hisyam semakin menghancurkan. . . Namun segalanya ditangan Tuhan! Akan tumbangkah pohon cemara ke bumi. . . atau menguntum bunga cinta di kaki pelangi?


Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahuĂ‚ melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?



antara novel2 hebat karya ahadiat akashah..yang telah di filemkan dan akan menemui semua pencinta novel bulan jun nnt.. sepa2 yg penah baca novel nih.. msti nda sabar melihat filemnya.. n d arap filem ini akan sehebat novel lagenda budak setan..yeehaa~~


*thanks to bataraguru coz da ceritakan sinopsis novel nih.. walaupun aku nda pena baca.. n skrg aku excited mo cari novel nih.. mo jdkan koleksi plak..hehehehe~~^_~




Sunday, April 25, 2010

torres injured?...




uwa.. sedih mendengarkannya..huhu~~
torres nda men tuk world cup nnt.. aduii.. ilang la semangat aku mo tgk world cup nih..ayayayayai..
arap2 leh sembuh la myELNINO..huhu..



The World Cup is the most important thing right now. It has been four years of waiting and if the schedule for my recovery goes according to plan I do not plan to miss it.

Spain striker Fernando Torres




Tuesday, April 13, 2010

coretan


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau 
MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.


Saat kau
 MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


Saat kau 
menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"


Saat kau 
menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"


Saat kau 
mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."


Pada saat orang yang kau 
SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.


Pada saat orang yang kau 
SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.


Pada saat orang yang kau 
CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."


Pada saat kau suka padanya, kau akan 
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan 
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu 
MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

Saturday, April 03, 2010

chelsea for life!!

chelsea kembali keatas carta selepas menundukkan menyu 2-1 dlam perlawanan yang penuh drama tadik.. hanya ketinggalan 1 mata d belakang menyu..d mana chelsea masi berpeluang merebut carta liga..

thanks to joe cole n drogba yang telah menjaringkan gol kemenangan dan menghancurkan harapan, semangat team menyu malam nih...wakakaka..=))