Saturday, August 28, 2010

28.08.. dua tahun da berlalu...


sedar nda sedar.. da dua taun aku berkhidmat ngn kerajaan nih.. hehe..:)
kalu d imbas kembali kenangan time aku lapor diri.. pergh!~.. macam2 dugaan time tuh.. byk peristiwa yang menguji minda dan perasaan.. hahaha

muka time lapor diri 28.08.2008.. 
punya nerd mukaku d sni.. hakhakhakhak..;p


awal pagi mmg cuak..uiyoo.. ramai gak org masa tuh.. smpat gak knl2 ngn mber dr negeri lain.. masing2 tgh berdebar2 tggu tmpt posting.. dlm kpala stp org tanak jauh dr negeri kelahiran.. konpem!.. mmg ini yg d pikirkan.. cam aku jugak.. hahahaha..
searian d sana.. lum lg dpt tmpt.. mmg sengaja dorg2 bgi kami2 yg baru nih cuak nak mampus.. ptg baru dpt surat.. igtkan penempatan trus.. rupanya surat kementerian.. fuh!!!.. seb baik dpt kementerian pelajaran.. cz lam kepala otak da pikir.. kalu dapat kementerian lain.. bye2 la nak balik sabah..huhu... 



time nih happy da.. 
da tau kementerian kan... senyum smpai ke telinga da time nih.. hakhakhak

esoknya kena g kementerian masing2 lagi.. searian lg d sana kena bg taklimat.. petangnya baru dapat surat penempatan tuk jabatan.. akhirnya seperti yang d rancang.. aku dapat jabatan pelajaran negeri sabah..:)
balik jak trus p booking tiket tuk balik sabah.. weehoooo!!!... senang ati ooo...



wajah keceriaan terpancar di sini..
lihatla suasananya.. d taman permainan kanak2.. balik dr putrajaya trus g temankan anak buahku main2 petang tuh.. ahaks..:p

02.09.08
aku lapor diri di jpn sabah.. tggu tuk dpt sekolah plak.. time nih aku ilek jak.. sbb lam kepala otak msti dpt sklh yg dkt ngn umah aku pnya.. yakin 100% aku nih.. haha
dan sememangnya keyakinan aku tuh berbaloi.. aku dpt d SMK Padang Berampah,Sipitang..
hehe.. senyum2 jak aku time kena bg surat tuh.. :)










Tuesday, August 24, 2010

sayang KINABALU..





Tinggi tinggi gunung kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung kinabalu,
tengok dari jauh,
hati saya rindu....


antara bait2 lirik lagu sayang kinabalu..yang bisa membuatkan sesiapa merindukan kinabalu yang berada jauh d kundasang sana..  oh kinabalu... nda sabar aku mo jejak puncakmu kinabalu...yuhuuu.... tggu kan kedatanganku kinabalu..:)

sejak zaman study aku mmg mengimpikan mendaki gunung nih.. minat mendaki dr dulu.. tapi hajat lum kesampaian..hanya sempat mendaki gunung negeri org lain saja.. haha.. insyaALLAH bulan 10 nih.. arap2 impian tuh tercapai.. 

TP!!...
adakah aku mampu tuk mendakinya?.. adakah aku masi mempunyai kekuatan seperti dlu?..zaman2 keaktifan aku ngn xtvt2 xtreme spt ini.. adeii.. semenjak memasuki dunia pekerjaan.. pergerakanku dengan dunia luar semakin terbatas.. xde da daki2 gunung, masuk2 gua, p camping, nek wall climbing, hahahaha!~..aku rindukan zaman2 itu..

5 tahun da aku bersara dari dunia pendakian nih.. last aku daki gunung ledang bulan june 2005.. pergh!~ punyala nostalgia.. barang2 tuk mendaki pun aku da lupa.. pa bnda mo bawak.. mmg xda persiapaan aku nih mo mendaki.. harharhar.. training pun teda ba... camna mo sampai puncak kalu gni.. malas sungguh..ahaks..:D

sungguh menyedihkan.. gambar2 aku time daki gunung ledang..huhu..:(
CD gmbar da ilang.. adeii.. teda kenangan suda.. napa la aku nih cuai sangat.. sedihnyala......................uwaa...sobs.. :'(
gambar time daki santubong jak banyak.. huhu!~



santubong summit!~..
kenangan mendaki santubong dlu,.. yeye!~.. aku da smpai sana.. pergh.. bangga gila time nih.. hahaha.. last semester aku di poli dlu.. jan 2005..:)..

byk kenangan time daki gunung nih.. masa mo naik.. semangat tuh mmg ada.. tp tenaga.. haha leh pancit tgh2 jalan.. seb baik ada member penguat semangat tuk aku teruskan perjalanan sampai ke puncak.. part paling best bila da smpai puncak.. leh tgk pemandangan malam kuching dr atas.. santek sngt.. :) siap berkhemah atas tuh.. sarapan ngn roti spanish n bubur mushroom tem ujan2.. sungguh menyelerakan....



geng santubong n ledang 2005..
kelab kembara POLIKU..:)

bila la dpt jmpa korg lg?.. paling aku mo jmpa c kilis.. hahaha!~.. geng ketawa2.. sempoi gila la mamat nih.. tgkla ba cara bgmbr tuh.. adeii.. :))


c kilis yang kili.. wakakaka!~..
byk kenangan sama c kilis.. dr santubong sampaila ledang.. huhu..:)



gambar sblm turun.. time nih ujan.. 
nda nmpak permandangan da di bawah tuh..
aku pun nda dpt rakam apa2 da.. cover videocam ngan tuala jak.. smbl2 amik gmbr kenangan nih.. hehe..:)

ok stop!~..
berbalik ke topik kinabaluku...:)
kinabalu yang ingin aku tawan.. cehcehceh.. tawan la sgt..ahaks..:D

ok terlebih dahulu meh kita baca.. sedikit info mengenai gunung kinabalu ini yang aku tnya ngn pacek google petang tadi....haha!~

1. gunung kinabalu merupakan puncak tertinggi di malaysia dan puncak tertinggi pulau borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095m dr aras laut..

2. dari segi persempadanan geografi, gunung kinabalu merupakan antara yang tertinggi di asia tenggara.

3. gunung kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunun.

4. gunung kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. sesetengah penduduk menganggap gunung kinabalu ini merupakan gunung yang memberikan semangat juang dan satu padu rakyat sabah. gunung kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. menurut kepercayaan masyarakat kadazan sabah, gunung kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia..

sumber wikipedia..







Tuesday, August 17, 2010

perkongsiaan ramadhan..:)

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Monday, August 16, 2010

i'm falling in love with..........


MAHER ZAIN..
nama baru dalam dunia seni.. aku jatuh hati dengan lagu2 yang disampaikannya... begitu mendayu dan menusuk ke dalam kalbu.. lagu2 maher kebanyakan bersifat islamik. first aku dengar lagu maher zain.. aku da tertarik.. cara penyampaian da bait2 lirik disetiap lagu dia begitu berkesan di hatiku..hehe~

aku carilah kat google sal biography maher zain.. rupanya dia ni hebat gak orangnya.. begitu istimewanya maher zain bagi aku..di bawah nih hasil carian aku dr pacik google..


Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.



P/S: Download album penuh Thank You Allah di sini http://bit.ly/d2mRk atau dapatkan CD original dengan beli secara online di http://bit.ly/biYYc6




Saturday, August 14, 2010

hargai anugerah CINTA!~


BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.
Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.
Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.
Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.
Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.
Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.
Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.
Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.
Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan 1431H


Sempena bulan yang mulia ini.. saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh negara, bukan saja d malaysia tetapi semua umat islam d seluruh dunia..:)


Monday, August 09, 2010

antara kasih, sayang dan cinta..

Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.



Kasih
Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

7 panduan membuat laman web yang bagus..

1. Muat Turun Laman Yang Pantas

Seperti yang anda ketahui, sesuatu laman yang dimuat turun lebih pantas lebih mendapat perhatian para pengunjung, seperti pakcik Google. Setiap laman seharusnya boleh dimuat turun lebih pantas, carian yang padat, paparan informasi yang segera dan elakkan penggunaan apa-apa gadget yang menyebabkan laman anda lambat untuk dibuka. Cuba bandingkan dengan Uncle Google, setiap carian maklumat dapat dipaparkan secara terus dan belum pernah lagi berlaku maklumat tidak dapat dipaparkan.

Jadi, pastikan setiap elemen dalam laman web anda seperti "flash", gambar dan "object" dioptimumkan sebaik mungkin dari segi extension, saiz fail, tahap kualiti dan resolusi. Pastikan laman anda tidak mempunyai sebarang ralat dalam bahasa pengaturcaraan, menyebabkan laman lambat untuk dibuka. Sebolehnya, gunakan teks berbanding gambar, tetapi pastikan ia padat dan senang difahami.

 
2. Laman Pengenalan Yang Membazir

Adakah anda begitu menghargai seni multimedia? Kerana sesetengah pengguna yang begitu hendak menunjukkan kemahiran dalam multimedia menyediakan laman pendahuluan atau dikatakan "Intro Page". Tetapu bagi saya, laman intro ini boleh tidak memberi makna kerana pengunjung terpaksa menunggu sekian lama sekadar untuk menikmati animasi itu sahaja.

Pada pandangan saya adalah lebih baik jika anda letakkan paparan animasi itu terus pada laman utama anda. Melalui cara ini, anda menyediakan pilihan sekiranya pengunjung hendak menyaksikan animasi teruskan, atau bagi pengunjung yang tetap, mereka boleh terus mendapatkan maklumat terbaru.

Sebelum itu, nasihat saya, jangan sesekali muatkan logo syarikat, pertubuhan atau kelab pada laman pendahuluan dan tertera perkataan "Enter Site" atau "Klik Untuk Masuk" kerana cara ini sememangnya langsung tidak professional dan keanak-anakan. Tambahan lagi, ini membuang masa pengunjung, mereka mahukan laman anda, bukan logo laman anda.

 
3. Buang GIMIK Yang Mengganggu

Perkara pertama yang menjadi misi pembangun laman web adalah tidak mahu pengunjung lari dari laman anda. Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang GIMIK pada laman utama seperti "popup window", iklan sebesar-besar alam dan muzik latar yang kuat yang memaksa pengunjung memperlahankan pembesar suara. Elakkan juga sebarang animasi atau paparan yang berterbangan, berkelip-kelip atau melompat-lompat sehingga mengganggu isi kandungan laman anda.

Multimedia dan animasi ini semestinya menjadikan laman anda menarik tetapi cuba jangan penuhkannya di laman utama. Anda boleh gunakan kaedah lain seperti meletakkan pautan untuk pengunjung mendengar lagu-lagu latar atau sediakan pautan gambar-gambar kecil di satu sudut sebelum saiz sebenar dipaparkan. Cara ini memberikan pilihan kepada pengunjung, jika berminat mereka akan klik, jika tidak mereka akan abaikan.

Sentiasa pantau iklan-iklan yang diletakkan pada laman anda. Cuba seminimum mungkin sediakan ruangan untuk iklan tersebut agar kandungan utama laman tidak diganggu oleh iklan-iklan ini. Cuba anda bayangkan, satu laman yang penuh dengan ratusan iklan, sedangkan kandungan laman diabaikan, anda sudah alihkan pandangan pengunjung secara tidak langsung. Secanggih mana pun langkaran laman itu, jika dikotori dengan iklan-iklan ini, amatlah tidak bermakna.

 
4. Kandungan Tepat dan Padat

Setiap artikel yang dikarang perlulah padat dan tepat isinya dengan menggunakan tajuk artikel yang jelas. Blog-blog kebiasaanya akan dilimpahi dengan teks-teks yang panjang. Cuba optimumkan penulisan blog dengan menggunakan "list" dan pemerengganan sekiranya pelbagai perkara dibincangkan dalam tajuk tersebut.

Jika artikel terlalu panjang, cuba asingkan dengan melakukan sub-topik supaya pembaca boleh memilih kandungan tertentu sahaja untuk dibaca. Gambar boleh memberikan seribu maksud dan penerangan, cuba maksimumkan penggunaanya dalam artikel.

Seandainya artikel tersebut sememangnya panjang dan tidak boleh diringkaskan, cuba letakkan pautan dan sedikit pendahuluan sebelum paparan penuh dipaparkan. Jika pengunjung hendak membaca, dia boleh teruskan, jika tidak berminat, dia boleh abaikan.

 
5. Kordinasi Reka Bentuk Berlainan
Teknik ini pada mulanya boleh dibanggakan, tetapi pengunjung mungkin akan terkejut kerana setiap kali laman bertukar, corak dan reka bentuk laman juga turut bertukar. Kita mahukan pengunjung selesa dan menyesuaikan diri dengan reka bentuk laman kita. Posisi logo, penggunaan warna yang tetap dan proses pelayaran di laman yang sama memberikan kordinasi yang sesuai kepada pengunjung. Tetapi ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh menghiaskan laman berlainan dengan corak tersendiri tetapi jangan terlalu drastik sehingga seperti berada di laman web orang lain.

Kedudukan dan bentuk logo, menu utama dan paparan kandungan yang tetap dan sama dari satu laman ke satu laman tidak menyebabkan pengunjung hilang arah walaupun anda menukar sedikit penggunaan warna atau gambar. Atau, biarkan pengunjung memilih untuk menggunakan tema laman bagaimana, tetapi cara ini menambahkan beban untuk menyediakan pilihan tema.

 
6. Mudah Untuk Dilayari

Setelah anda berjaya untuk menarik minat pengunjung ke laman, seharusnya kita pastikan bahawa pengguna senang untuk bergerak dari satu laman ke satu laman dan kembali ke laman yang dikehendaki. Anda pastinya biasa melihat dan mendengar "breadcrumbs" dan antara lain tujuannya membolehkan pengunjung mengetahui lokasi mereka semasa melayari laman.

Selain itu, kedudukan menu utama juga amatlah penting. Kedudukan menu pilihan yang biasa digunakan adalah disebelah atas kiri atau atas sahaja. Tujuan lain adalah supaya sekiranya paparan resolusi pengunjung adalah lebih kecil berbanding dengan resolusi anda, menu tersebut masih lagi kelihatan dan hanya kandungan laman sahaja yang tersembunyi.

Cuba letakkan juga pautan-pautan yang penting dibahagian bawah sekali laman kerana sifat manusia akan membaca dan melihat laman anda dari atas sampai ke bawah. Pautan penting di bahagian bawah membolehkan pengunjung terus mencapai maklumat penting tanpa perlu untuk skrol kembali ke atas.

Elakkan dari penggunaan Menu-menu Misteri seperti "drop-down" atau "show-hide" kecuali anda memang mengetahui pengguna sukakannya. Kerana, kalu saya sebagai pengunjung, saya tidak mahu membuang masa mencuba satu per satu menu untuk pastikan tiada lagi menu yang tersembunyi. Saya mahukan maklumat penting terus nampak di hadapan saya.

 
7. Pastikan Laman Anda Siap

Akhir sekali, jangan SESEKALI lakukan seperti ini: "Under Construction", "Dalam proses pembangunan, sila datang semula"! Ini akan merendahkan intergriti laman anda. Sekiranya kandungan tersebut belum lagi siap, jangan paparkan. Tetapi jika anda mahukan laman anda seperti seolah-olah sentiasa dikemaskini, cuba gunakan sedikit harapan kepada pengunjung supaya sentiasa kembali ke laman anda seperti "Akan datang, Tutorial Dreamweaver" atau cuba paparkan sedikit artikel anda, biasanya ambik bahagian pendahuluannya dan letakkan dibahagian bawah, "Akan bersambung dalam minggu ini".

Akhir kata, ini merupakan 7 panduan penting yang boleh digunakan pada mana-mana laman, sesiapa sahaja dan tidak juga kurang kepada laman web yang sudah lama bertapak. Di harapkan panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

Saturday, August 07, 2010

" Contest Saya Mahu Template COmel ! ! !



http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png




Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-