Sunday, July 31, 2011

Jadual waktu berbuka puasa tahun 1432H/2011M




memandangkan besok dah start puasa.. so aku lampirkan di sini waktu-waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan aku..untuk rujukan dan memudahkan aku la terutamanya..manala tau terlajak tido tak sempat nak sahur.. hehehe 

di bawah ni jugak aku sertakan sekali niat berpuasa serta berbuka puasa untuk rujukan.. di harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dalam menjalani ibadat di bulan puasa nanti....:)



 NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)

'sahaja aku puasa esok hari dalam bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala'


DOA BERBUKA PUASA

'Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.'



p/s:.. sedang mempersiapkan makanan untuk kenduri masuk puasa di rumah...


Adat berpuasa dan Solat Terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.

 3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei) Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya. Kenyang Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi) Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.” As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah).

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)



selamat menyambut bulan ramadhan 1432H/2011M untuk semua umat islam seluruh dunia..:)



sumber: fesbuk Encik Cemik


hepy birhtday bapak..:)


31 julai 1952..MySpace arini 31 julai 2011..yeay bufday bapak aku.. hehehe
mo wish di blog jak la dulu..bapak suda tido.. penat tuh kali.. besala keja kan.. huhu

'Allah selamatkan kamu.. 
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan En.Baharuddin...
Allah selamatkan kamu.............:)'

semoga bapak diberikan kesihatan yang baik.. dimurahkan rezki untuk kita sekeluarga.. 
sayang bapak.. 
MySpace



Hari 7 – Sila bagi pandangan/ komen/ kutuk korang pasal belog CikNyz

yes!!.. solan terakhir suda... hahaha.. paling aku suka mo jawab ni.. sebab kena bagi greenlight kan mo kutuk tau komen.. aku mo komen satu jak sal blog CikNyz ni..

cuba buang Word Verification di ruangan komen ini.. sebab selalunya aku susah mo komen entry-entry blog CikNyz.. gambar di atas ni pun komen yang tak dapat nak di publish kan kerana masalah tuk mengomen di sana.. aku terpaksa refresh page dua tiga kali barula dapat..erm..

1 cadangan jugak.. kalu taknak buang..ciknyz boleh buat ruangan komen ni jdi jadi bentuk pop-up windows..rasanya itu lebih memudahkan..ok..:)

2. lain kali kalu CikNyz mo wat segmen..rajin-rajin la promote..jadi ramai jugak yang join..pasti meriah kan.. dan rajin-rajin jugak check entry orang yang dah join.. kesian kan..penat-penat wat tapi nda di tengok oleh tuan penganjur..hihihi..

ok itu saja yang aku nak komen.. yeayea.. akhirnya siap jugak aku menjawab solan ini.. takdak hadiah ka ni cikNyz oii?.. hehehe.. 

last but not least!.. 
memandangkan cikNyz memang peminat katak-katak cumel.. tadaaa... aku persembahkan gambar comel ini.. aku pun ada katak jugak.. jangan jeles.. haha!..


cun-cun 31 julai 2011 aku siapkan segmen ni.. bangga-bangga...MySpace
aku sambung main games dulu la..plants vs zombie.. yeah!!!...
okbai..
MySpace


Saturday, July 30, 2011

Hari 6 – Apakah lagu kegemaran/kenangan anda...yang menusuk dalam kalbu...

lagu?.. aiseh.. aku ni banyak dengar lagu.. suka bangat jadi nda tau mo letak lagu yang mana satu tuk kenangan yang menusuk di kalbu ni.. hahaha.. ok kejap.. mo godek-godek lagu dalam playlist dulu..hihihi..

ok.. amik lagu ni.. tersenyum simpul aku mendengarkannya semula.. memang banyak kenangan.. statment berani mati ni dulu..haha..sila-sila layan.. BEST!..




Hari 5 – Luahkan perasaan sayang anda kepada mereka yang amat bererti dalam hidup anda...


ok kita teruskan jawab solan lagi.. sebelum aku terleka dengan games baru yang aku main dari tadi.. hehe.. solan tuk hari kelima ni ialah:..

Luahkan perasaan sayang anda kepada mereka yang amat bererti dalam hidup anda...(contoh;seperti keluarga n kawan baik anda)...sila tempek pic mereka sekali ek...sebagai tanda anda meyayangi mereka.

aiseh solan kacang seja ba ni.. tak lain tak bukan of cozla my family kan.. :)




inilah mereka-mereka yang penting dalam hidupku.. tanpa mereka sepala aku kini.. keluarga kecilku..


family yang sentiasa ada untukku.. terima aku apa adanya..walaupun perangai aku ni amat menyebalkan.. menyayangiku tanpa batas.. sentiasa menasihatiku di kala aku terleka.. aku sayang mereka.. walaupun kekadang aku memang jenis tak pandai nak luahkan atau menzahirkan aku sayang mereka.. nekadku kini ingin melihat mereka-mereka ini gembira..membalas jasa-jasa mereka selama ini.. tunggu akan aku buktikan.. ahaks..;p

seperti kata orang tuh.. utamakan keluarga bilang....;)


p/s:.. kucing-kucing aku lupa kasi masuk plak.. aish.. sangat bererti dalam hidupku jugak tuh..haha!..


Hari 4 – Impian nak g ke mana..dengan sape?..ceritakan juga tempat yang paling best setakat ini yang anda telah jejaki...

yuhuuu.. baru aku perasaan.. segmen ni aku lum lengkapkan lagi.. besok 31 july suda.. hahaha.. ok petang ni wat semua sekaligus.. yeayea..

ok impian aku sekarang kononnya mo pi jejakkan kaki ke negara ni bersama keluarga..
aku jak yang nda pena balik kampung.. huuuuuu~..



tempat paling best setakat ni aku dah pegi..

tadaaa...

memandangkan aku masih demam bola sepak.. so rasanya ini la tempat takat ni best aku dah pegi.. rasa nak pegi..lagi..lagi dan lagi.. ya.. nampak semangat kesukanan di situ kan.. haha..

DONE!..
okbai!..ahaks..;p




Wednesday, July 27, 2011

Monday, July 25, 2011

aku benci menangis!..


menangis membuat aku lemah.. aku rasa cam bodoh bila menangis.. muka pun jelek jak di tengok dan paling aku tak suka..kalu mata dah start mengalirkan air mata.. payah nak berhenti.. mengalir trus.. sudahla mata aku jenis cepat betul bengkak walaupun kejap jak menangis...huhu..



p/s:.. ada ketikanya menangis jugak perlu.. baru lega segala beban di hati..ahaks..;p


Saturday, July 23, 2011

cintaku tertinggal di Bukit Jalil


16 Julai 2011.. genap seminggu dah arini.. merupakan salah satu kenangan terindah.. ya.. terindah sebab julung-julung kalinya aku menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil.. yeah....lagi menambahkan kenangan manis apabila pasukan fav aku datang malaysia.. tak lain tak bukan LIVERPOOL la..apa lagi kan..haha..sangat best.. teruja dan kegembiraan yang tak dapat di sangkal lagi.. memandangkan ini kunjungan pertama THE REDS ke Malaysia.. maka tak hairanla ramai yang akan memenuhi stadium.. termasuklah aku.. bukan senang nak tengok 'live' kan.. hehe..selama 3 hari aku menjejak kasih dengan LIVERPOOL.. start dari training session, mini anfield at Pavilion dan hari perlawanan penting.

14 julai 2011 training session


seawal pagi stadium sudah di penuhi oleh penyokong the reds dari seluruh negara.. aku sampai awal dan sangat teruja melihat persekitaran stadium yang rata-rata memakai baju merah.. tak sabar rasanya nak masuk dalam dan melihat sendiri pasukan kegemaranku berlatih..eksited...:)

Part paling best masa training ni.. lautan ombak beramai-ramai satu stadium.. best.. semangat penyokong LIVERPOOL yang datang.. walaupun terdapat insiden yang penuh kontroversi yang menganggu ketenteraman.. tapi ini tidak mematahkan semangat kesukanan para penyokong the reds untuk terus berada di stadium sehingga sesi latihan selesai. 

15 julai 2011 mini Anfield at Pavilion


Aku rasa seperti berada di Anfield ketika ini.. Pavilion penuh dengan mereka-mereka para penyokong Liverpool yang ingin merasakan sendiri pengalaman berada di Anfield.. Ya.. tidak di nafikan semangat itu ada dan ianya sangat menarik dengan pelbagai acara yang di jalankan.. huhuhu cuma aku sedikit kecewa sebab tak sempat nak jumpa players2 ni dari dekat.. aku sampai lewat di sini.. sampai-sampai jak aku tak lepaskan peluang tuk amik gambar sebanyak yang mungkin..hehehe..best..best..best.. 


16 julai 2011 Liverpool vs Malaysia


MATCH DAY!.. yay.. hari yang di nanti-nantikan..sangat seronok.. perlawanan yang berkesudahan gol 6-3. Liverpool mengalahkan skuad kebangsaan Malaysia...pastu cita panas berkaitan 'patriotik' yang keluar.. aku rasa cam tak berbaloi penyokong the reds yang berada di stadium menyokong dua-dua team.. nak kata tak profesional mengeluarkan isu sebegitu tak jugak..erm.. entahla.. masing-masing punya pendapat dan perspektif yang berlainan.. takpela.. yang penting

...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.. YOU'LL NEVER WALK ALONE...



aku masih berpijak di dunia nyata ok.. ahaks..


p/s:.. suatu hari nanti akan menjejakkan kaki semula ke sini..:)


Friday, July 22, 2011

bila harus memilih!..





Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku 
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku 
Itu Bererti Sampai Akhirnya 
Kau Meninggalkanku

Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku 
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku 
Haruskah Hati 
Memberi Kesempatan Dirimu

Haruskah Aku Percaya 
Segala Yang Kau Ucapkan 
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon 
Untuk Kembali Kepadaku

Meski Cintaku Padamu 
Lebih Dari Yang Kau Tahu 
Namun Mengerti Kasih 
Tak Semudahnya Itu 
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku

Beri Aku Waktu 
Untuk Memikirkan Yang Terbaik 
Cinta Jadi Dilema 
Pergi Ataupun Kembali




Wednesday, July 20, 2011

Sunday, July 17, 2011

Sabahan The Best...




;)


Entri nie aku culik dari Sang Pencinta perasan ensem.. Ahaks

Yearghhhhhh

Aku bukan budjet publisiti murahan, tapi terbukti inda sia-sia jariku taip entri.. Aku urang Sabah so aku sokong Urang Sabah la.. ayat kontrobersi nih..

Tapi tengok bola Malaysia vs Liverpool tadi, nangis aku beb, dapat score 3 bijik.. Nie membuktikan aku tetap anak Malaysia..

Well.. Kalu Sabah lawan Sabah di Final... Aku di tengah la kan.. Finalnya besok.. MM Nita Vs MM Sarah... Ambik kau.. tediam aku mau pilih siapa...

Tapi pilihan aku dari dulu semestinya ini..


UNDI !!!!!!!!  Undi durang nih macam nih MM20 <jarak> Nita.. hantar 32999 ----> untuk final bisuk.. Macam mana bah???.. FB Page durang di SINI

Lama ku fikir nih.. Atas sebab aku urang Sabah, dengan ikhlas sesuci hati nurani, nie dia lawan MM Nita.. ambik nih..




Aku inda pilih kasih bah kan, tapi kasih pilih aku wahahhaha..

SUPPORT MM NITA !!!!!... UNDILAH MM NITA..

Tapi, Tiada paksaan dalam bercinta.. sukati kamu la pilih sapa, tapi jangan sampai aku tau.. yang ku tau kamu mesti sokong MM Nita.. wahahha... tiadalah.. sekati sekilo.. undi sukati kamu..

For me, MM Nita the best... Aku tengok live tadi wei.. first time dalam seumur hidup aku layan Mari Menari.. Semangat urang Sabah.. MM Nita the best..

Maaf kawan-kawan Sarawak or semenanjung, mohon aku exited untuk negeriku sendiri harinie dan besok.. Sabah tetap di hatiku.. Malaysia jiwa ragaku..

Done copy paste ... Dari aku :

Entri nih malam tadi, jadi finalnya malam nih... Undi support untuk Sabahan..

Aku juga tetap sokong MM Nita... Kan Mai.. Provokasi tamat okeh.. Serius bah dia...

Aku benci si pemilik asal entri  nih Sebab :

  • Tapuji
  • Perasan ensem
  • Eksen
  • Haterssss Liverpool
Tapi.....


Friday, July 15, 2011

kontroversi yang di cetuskan penyokong MAN U..




tengok gambar ni.. ok pastu tengok lagi video kat bawah ni.. mungkin bagi mereka-mereka yang tak datang stadium kemarin leh la wat spekulasi yang penyokong the reds ni melampau kan.. tapi kebenarannya korang memang tak tahu..  meh sini aku nak citer.. tengah HOT ni.. ahaks!..





dah memang sah-sah game ni antara LIVERPOOL vs MALAYSIA.. yang dok pakai jersey MAN U tuh apsal.. saja nak cari nahas kan.. pastu siap round kawasan yang mejoriti penyokong the reds nak banggakan MAN U.. mana tak panas bai.. ko nak wat semak di kawasan orang apsal..

memang la kalu di ikutkan ada jugak penyokong kelab lain yang datang semalam.. tapi takdelah sampai nak cari nahas pakai baju MAN U kan.. itu memang salah bro.. ko nak eksen tapi salah tempat.. nasib tak lunyai ko dorang-dorang ni kerjakan.. 

depan tempat aku duduk ada budak dari indonesia.. penyokong arsenal.. tapi rilek jer pkai baju lain.. itu tak jadi masalah kan.. yang peting kita kena pandai respek team lain.. mungkin sekarang penyokong-penyokong MAN U dok panas.. bising-bising marah.. tapi ingatkah anda.. situasi ini akan sama jer kalu kelab MAN U datang malaysia.. this is football.. mmg camtu la kesudahannya!..

memang kesian.. tapi kalu dah tak pandai nak respek team lain.. macamana penyokong team lain nak respek team korang jugak kan...lu pikir la sendiri!!



..THIS IS REDS FAMILY..
YNWA


..scum not allowed here.. peace!!..




p/s:.. Sang Pencinta Ensem walaupun benci Liverpool .. ;'/


Thursday, July 14, 2011

Hari 3 – Apakah novel yg anda baca berulangkali tetapi tak bosan




ok kita teruskan menjawab soalan hari ke 3.. ngeee..

Apakah novel yg anda baca berulangkali tetapi tak bosan....dalam novel tue mesti ada 1 ayat yang korang suka kan..lau ada/ ingat...sumbatkan sekali k.

tadaaa... novel karya Leeya Myra


novel ni merupakan novel pertama yang aku beli.. aku suka dengan jalan ceritanya yang aku rasa cam mengena jak ngan diriku.. hahaha.. baca banyak-banyak kali siap leh feeling layan nangis lagi.. lucu kalu d ingat..  tapi sayang seribu kali sayang.. novel ni ntah sepa yang pinjam, trus jadi hal milik.. huh geram!!!..

ayat yang aku suka dalam novel ni ialah:..

dialog faris kepada Annessa 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?'.. pergh.. hahahaha

ok bye.. siap!..
http://www.emocutez.com




Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Hari 2 – Apakah nombor kegemaran anda & perkataan/ayat yg anda suka gunakan , kenapa?





soalan hari ke 2.. 
Apakah nombor kegemaran anda & perkataan/ayat yg anda suka gunakan, kenapa?


tadaaa.. tak payah nak cakap banyak.. tengok jak gambar jersey kat bawah ni.. ngeh2..;p


perkataan yang selalu aku gunakan ialah:..

"AHAKS...;p"

penekanan.. ayat mesti lengkap dengan simbol ';p'.. sebab kenapa aku gunakan ayat ni.. mmg dah sebati dengan diriku sejak dulu.. dan ianya sangat comel bukan... ahaks~..;p

ok.. selesai dah hari ke 2..
cam aku sorang jak jawab segmen ni.. huhu.. takpela.. janji support kawan-kawan.. kan CikNyz kan.. hehehe..:)


road to mini Anfield..hehehe




yeay.. tu dia.. mini anfield kat pavilion KL.. rugi sepa2 yang tak pegi tengok.. aku da teruja pas tengok buletin utama tadik.. terus siap-siap pi sini..walaupun sedikit kecewa dengan kelewatan sebab tak sempat nak amik gambar kat dalam.. takpa.. kita layan jak gambar di pintu gerbang nan indah ibarat aku sedang berada di Anfield ketika ini.. hehe..


meriah kan... haha



p/s:.. tak sabar menantikan tarikh 14 dan 16hb nanti.. ngeee..