seharian aku berblogwalking..
aku jumpa sesuatu yang menarik.. erm.. tak ingat di blog sepa suda tadi..
berkaitan ngan wani ardy..
pastu trus pi jenguk-jenguk blog dia..
best!.. terutama lirik lagu ni..
SI GADIS
Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal
Gubahan: Wani Ardy
Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan
Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas
Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup
Lalu aku membalas:
“Bukan tugasmu memuas.
Manusia berbeza,
minda tak akan sama.”
Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal, “bagaimana lagi?”
Lalu aku berkata:
“Biar nalurimu beraja.
Mana hujung sempurna
pada manusia?”
Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia?
Dengar sini- mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu
Lalu aku berkata:
“Biar nalurimu beraja.
Mana hujung sempurna
pada manusia?”
Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah
Ayuh gadis,
berhentilah kau menangis.
4 comments:
memang best..... 10 bintang
yeah!~.. terbaik kan..:)
sayang. lagu ini bukan gubahan ana. tapi wani. lirik pun. tapi puisi mmg kakak. ana cuma menyanyi. :) minta diperbetul ya. :)
ok2.. sudah diperbetulkan..:)
Post a Comment