Friday, January 07, 2011

program realiti terbaru.. 'tiada lama tiada baru'..



sebenarnya baru gak tau mengenai program realiti terbaru terbitan RTM ni.. yela.. kalu dulu semua sibuk nak masuk akademi fantasia kan..asal program realiti jak AF jadi pilihan.. tp program kali ini memang berbeza dari program realiti yang sebelumnya.. terdapat dua kategori yang di pertandingkan selain mencungkil bakat dalam bidang nyanyian.. terdapat jugak kategori muka iras artis.. wah!.. nampak menarik kan.. dan mesti kita teruja nak tengok bakat-bakat baru yang bakal dipertengahkan dan wajah-wajah yang iras artis itu.. hehehe

program 'tiada lama tiada baru' ini akan mula bersiaran pada 14 jan 2011 jam 9mlm di tv1 dengan tagline 'satu-satunya' akan di hoskan oleh didie alias dan azwan ali.. pergh!... dua2 hos kecoh.. gerenti gempak kan nnt.. ok ini sedikit info yang menarik mengenai program 'tiada lama tiada baru'

Fakta menarik Tiada Lama Tiada Baharu:Mula disiarkan 14 Januari 2011

1. Berlangsung selama 13 minggu
2. Melibatkan 11 penyanyi bertaraf ikon
3. 61 orang peserta bersaing
4. Malam Kemuncak pd 15 April 2011
5. Terbahagi kepada dua iaitu Kategori Nyanyian dan Kategori Muka Iras Artis
6. 39 penuntut kategori Nyanyian
7. 22 penuntut kategori Muka Iras Artis


Siaran langsung TLTB ini akan bersiaran langsung untuk 13 minggu dan Malam Kemuncak program ini dijangka berlangsung pada 15 April 2011.
Program ini menerapkan pendekatan ala Kursus Luar Kampus untuk melahirkan penuntut yang serius dalam bidang seni, khasnya muzik dan nyanyian. Pensyarah yang terlibat antaranya Dia Fadila yang menjadi guru vokal dan EE pula menjadi guru tarian dan persembahan.


Program ini memecah rekod dengan menyenarai pendek 61 penuntut yang bersaing untuk 2 kategori utama iaitu kategori nyanyian seramai 39 penuntut dan kategori muka iras artis 22 penuntut.
Setiap minggu, program ini akan buat kejutan dengan menampilkan bintang remaja popular setiap minggu, sekaligus memberi impak kepada usaha memberikan penghargaan kepada 11 ikon tersebut.


Dari aspek perjurian memilih finalis ke Malam Kemuncak, pecahan undian adalah undian dari ikon 50%, undian SMS 30% dan undian pemerhatian 20%. Setiap minggu, 3 penuntut akan berentap di mana seorang akan diumumkan sebagai Juara Mingguan. 11 episod persaingan mingguan akan berlangsung. 1 episod PRA AKHIR dan episod ke-13 adalah Malam Kemuncaknya.


11 Juara Mingguan akan ke peringkat akhir bersama seorang penuntut yang dipilih secara UNDI BALIK berdasarkan peratus undian tertinggi untuk disenaraikan juga ke Malam Kemuncak program realiti Tiada Lama Tiada Baharu pada 15 April 2011.


Anugerah yang disediakan di Malam Kemuncak adalah kategori nyanyian Bintang Terbaik, Persembahan Terbaik, Bintang Paling Popular, Bintang Contoh dan Ikon Paling Popular. Manakala kategori muka iras artis pula mencari pemenang Juara, Naib Juara dan tempat ke-3.


ok sebelum tuh.. meh kita usha-usha gambar peserta yang aku amik dr FB kawan aku.. sebenarnya aku nak tolong promote gak budak ni.. so 14 jan nnt korang jangan lupa tengok ek.. ada masa jom undi skali..




taip TLTB<>UMAR HANTAR KE 32776
tapi bukan sekarang.. start 14 jan..


ensem kan.. 
nak tahu berbakat ka tidak.. jangan lupa saksikan 14 jan nnt..
http://www.emocutez.com



peserta program TLTB..
aku seperti terlihat di situ ada seiras jasmin hamid dan eh eh mawi la.. hehe
http://www.emocutez.com


wah.. aku seperti nampak mus (may) disitu.. hehe
http://www.emocutez.com


antara xtvt mereka..
wah..siap ada nari-nari lagi tuh..bersama cikgu EE
http://www.emocutez.com



mesti tak sabar nak tengok rancangan ni kan.. aku pun sama sebab aku nak tengok kelainan yang RTM cuba nak tonjolkan..dan lagi satu sebab ada adik member aku yang join.. insyaALLAH kalu rezki menyebelahi okla tu kan mai.. hehehe..jd jum ramai-ramai kita undi umar.. yeeehaaaa!..

tak sedar..besar da adik ko kan mai.. ngee
http://www.emocutez.com 


sumber: budiey.com,
nak tengok gambar peserta klik >SINI<








2 comments:

mohd said...

Gn LupA mEngUndi NORNIEY BT UMARBAKI(wakil SARAWAK)program realiti TV1 "TIADA LAMA TIADA BAHARU"terbitan RTM


SIARAN LANGSUNG:SETIAP JUMAAT JAM 9 MLM di TV1...UNTUK MENGUNDI taip TLTBNONI hantar ke 32776...seterusnya,utk melihat video rakaman NORNIE;sila pergi ke YOUTUBE dan taip (NORNIE SYAFINAZ)..
ikon untuk minggu ini 28 hb januari 2011 adalalh noraniza idris...sama2lh kita menyokong bakat nornie...gd luck for nornie!!!!!!!!!

elnino moona said...

yeah!~.. sama2 kita saksikan..:)