Tuesday, June 14, 2011

xpdc mount kinabalu part 3





'Apa guna pergi luar negeri
naik kinabalu hati saya RINDU'...



serius aku dah mula rindukan kinabalu. kinabalu yang aku dah jejaki oktober tahun lepas. satu pengalaman manis yang tak dapat digambarkan hanya melalui kata-kata. kena rasa sendiri kehebatan dan cabarannya barulah anda akan rasa kenikmatannya berada di puncak kinabalu itu.. cheewah.. (ayat tuh ba)..hehe..

entry ini aku sambung dari part 1 dan part 2 yang telah lama terbelangkalai aku tinggalkan. semangat jak kan awal-awal buat entry siap ada part-partnya padahal tak rajin pun aku nak update. ok part 3 ini aku akan ceritakan detail mengenai pendakian aku dari mula sampailah ke puncak dan di sertakan sekali dengan gambar-gambar (ini sudah semestinya kan..ahaks)

seawal 5.30am kami dah bersiap untuk memulakan pendakian. Belum start mendaki lagi ni.. baru nak pergi berkumpul, register amik name tag, kenal dengan Mr.Guide dll. suasana awal pagi tuh tak payah nak cakaplah, memang sejuk gila. aku awal-awal dah mengigil mandi masa tuh. excited bukan main aku tak sabar nak memulakan pendakian.


-7.00am (balsam cafe)-

seperti biasa awal pagi kena breakfast dulu. amik tenaga untuk mendaki. pagi ni kami sampai paling awal takut nanti tak dapat tempat duduk kalu turun lewat. masa ni jugak para pendaki di berikan bekal untuk bekalan semasa mendaki, ada 2 biji telur, ayam goreng seketul, pisang, buah epal, roti dan air mineral. aku di sebabkan nervous dan excited memang tak dapat nak makan..perut asyik meragam jer, badan seram sejuk.. dui apakah.. baru mo daki kinabalu kan.. belum Everest..iskiskisk


-Timpohon Gate-


pendakian bermula di sini. awal-awal memang akulah orang yang paling bersemangat sekali. kalu boleh semua tempat aku nak amik gambar. di setiap kilometer lagilah. bukti tuh aku dah sampai kan. mana mau rugi. terdapat 7 pondok yang perlu dilalui sebelum sampai ke laban rata. sepanjang perjalanan kami dengan mesranya menegur para-para pendaki yang dah mula turun..bangga tengok dorang yang rilek jak ni. paling mencabar semangat seorang budak berusia 6 tahun. takpa-takpa dalam hati aku ckp..aku akan sampai jugak nanti. perjalanan dari timpohon ke pondok petama aku rasa jauh sangat, balik-balik aku tanya bila lah nak sampai..hehe..dari Mr.Guide jugak aku tahu yang kak Armah tak dapat nak menerukan pendakian sebab dia dah semput tengah jalan.sian kak Armah.. takpa, lain kali boleh cuba lagi..:)

-pondok 1 (kandis)-

lihatlah wajah keriangan itu. sangat excited bukan. masa ni tenaga masih banyak lagi dan masih berada bersama dengan grup-grup mereka itu.

-pondok 2 (ubah)-

perjalanan dari pondok 1 ke pondok 2 taklah jauh sangat jadi aku masih mampu tersenyum di temani oleh kak paji dan abg toby..

-pondok 3 (Lowi)-

menuju ke pondok ke 3 dah start ujan renyai-renyai tapi masih bertahan. pendakian tetap diteruskan. nasib baik semua peralatan dah disediakan jadi takdak hal la. perjalanan di teruskan walaupun ujan lebat mencurah-curah membasahi gunung kinabalu. masa nih jugak aku dah terpisah dari kak paji dan abg toby di kilometer 3.0 (2455m). aku jalan sorang2, amik gambar sorang2 di tengah ujan lebat itu. aku tawakkal jak teruskan pendakian sorang-sorang..uhuks.

-pondok 4 (Mempening)-

sampai jak aku di sini kak paji sedia menanti. jadi adalah kawan aku tuk meneruskan pendakian. kami berehat kejap, makan bekalan yang ada. masa ni kami dah basah lencun dah. pergh sejuk!..

-pondok 5 (layang-layang)-

sepanjang perjalanan ke pondok ke5 ujan masi menemani pendakian kami berdua. Abg toby dah jauh di depan sana. tak dapat kami nak mengejarnya..hehehe aku dan kak paji keja amik gambar jak. aku amik gambar dia. dia amik gambar aku..lucu jak kan..

-pondok 6 (Villosa)-

inilah kak paji a.k.a pelancong jepun yang setia menemani aku.. huehuehue

sampai pondok ke 6 ni, kami jumpa pelancong dari Belanda. ensem-ensem belaka semuanya. mereka gelar diri mereka 'boys from mountain'..walaweh.. steady jak dorang ni mendaki, macam takda rasa penat langsung. start dari pondok ke6 ni suasana dah berubah, pemandangan sekitar gunung kinabalu makin santek.ada antara tumbuhan yang aku rasa tak pena tengok pun sebelum ini. santekla..:)


boys from mountain..hahaha

-pondok 7 (Paka)-

ini pondok terakhir sebelum sampai laban rata. kami berehat sebentar di sini sementara menunggu kak rosme & kak lily sampai. sempat jugaklah berkenalan dengan abg ADK itu. lucu jugak bro itu.. gaya cam mo pigi kebun jak..santai ni.. cayala lu bro!..

-2.13pm (Laban Rata)-

akhirnya aku sampai laban rata. keterujaan yang teramat di situ. bergambar paling utama terlupa seketika kepenatan masa mendaki. line tepon pun full, apa lagi membuat panggilan la untuk men'jeles'kan orang-orang sekeliling. sebelum naik ke gunting lagadan, kami berehat sebentar di cafe makan2. tak lama lepas tuh aku dah rasa perubahan kepada tekanan yang tinggi. pening secara tiba-tiba. rasa nak muntah ada jugak. sampai bilik aku letak barang, terus tido. pening sangat kepala ini tapi tak dapat tido jugak, sejuk betol keadaan di atas tuh.. siap dengan ujan lebat lagi begumpal dalam selimut pun masih terasa kesejukkannya.

oya yang baju biru tuh abg asni, bju itam abg toby.. 2 jejaka yang menemani pendakian kami..hehe

-9.00pm (Gunting Lagadan)-

lepas merehatkan diri sebentar, kepala aku dah ok sikit walaupun masi pening-pening. thanks kepada kak lily sebab masakkan kami megi dan buatkan air. beruntung mendaki ngan staff nurse ni.layanan macam di hospital.hehe.. ada adengan lucu jugak berlaku di sini. peristiwa 'sabun di bilik mandi..sabun....' hahaha lucu bangat deh sama itu orang..siap bersahut-sahutan lagi menyanyi masa mandi di situ. air pun punya main sejuk. terasa sampai ke otak.

-1.56am (bersiap-siap mendaki ke puncak)-

masa ni semua pendaki bersiap-siap untuk naik puncak. masa ni jugak memang sedia kena pakai baju tebal-tebal, sarung tangan tebal-tebal, taouchlight mesti ada. pendakian ke puncak lagi la mencabar, melalui halangan yang sukar, tekanan yang tinggi dan dalam keadaan yang gelap. sebenarnya aku risau jugak mula-mula sebab ujan lebat turun sepanjang malam takut keadaan tidak mengizinkan pendaki untuk mendaki ke puncak. nasib baik menjelang jam 2, hujan dah reda, jadi kami para pendaki memulakan pendakian. adalah dalam 200 orang pendaki masa tuh. ramai sangat termasuk pelancong dari dalam dan luar negeri. dorang ni bising-bising tau, sibuk nak naik cepat jak..

dalam perjalanan menuju puncak ni (ceh) aku dah merasa kesukarannya. aku rasa cam nda larat dah mo mendaki..aku penat, aku takleh benafas, idung aku berair, aku ngantok..balik2 aku menguap, aku kesejukan, balik2 aku benti, aku jauh ketinggalan di belakang. setiap kali aku tengok depan aku dah nampak puncak kinabalu..rasa cam dekat padahal sebenarnya jauh lagi. Mr.Guide balik-balik bagi aku kata semangat 'dekat lagi tuh.....', 'jgn benti2..nanti penat'.. tapi aku memang tak boleh..selangkah 2 langkah aku benti, amik nafas dan menguap..<--motif apa pun aku tak tahu.. hahaha..

akhirnya berkat sokongan mr.guide dan semangat aku yang tinggi tepat jam 5.56am, 30 oktober 2010 aku menjejakkan kaki di gunung tertinggi asia tenggara ini.. aku bangga..pena berbaloi-baloi. aku dapat saksikan matahari terbit di puncak kinabalu.. santek sangat..kuasa ALLAH melebihi segalanya..:)


akhirnya kami berjaya.. yeay..:)


enjoy this video..lalala

aku rakam kejap jak.. tangan aku mengigil kesejukan pegang kamera. okla ba kan daripada tiada..
bukti ni.. hehehe..


bersambung di part 4. nnt aku ceritakan pengalaman time turun plak ok..:)


p/s: ingatkan nak bagi abes. panjang la plak entry aku ini...fuh!..penat menaip..hahaha


11 comments:

Scorpio Warrior said...

betul tu. nak cerita pengalaman naik gunung kinabalu tu sampai beberapa episode pon x muat. hihihi. nway cgrates ya dah sampai sana. eee rasa cam nak naik lagi kan??hihihi

if sudi, jengah la ke blog saya =) ini entry yang sama dengan awak ^^

http://blueberrycheese3324.blogspot.com/2010/09/puncak-nabalu-destinasi-cinta-part-1.html

http://blueberrycheese3324.blogspot.com/2011/01/destinasi-cinta-puncak-nabalu-part-2.html

elnino de moona said...

blueberry..thanks.. ya.. best kan da pena naik.. saya dah penah baca pun entry2 awak tuh.. seronok kan..:)

Anonymous said...

jelesnyer.hrap2 sy pun akn smpai ke puncak n cuaca elok jer nnt semasa pendakian sy n kwn2.....salam perkelanan....

Anonymous said...

jelesnyer.hrap2 sy pun akn smpai ke puncak n cuaca elok jer nnt semasa pendakian sy n kwn2.....salam perkelanan....

elnino de moona said...

cikNyz:..nak naik kinabalu ker?.. gudluck yer.. sampaikan salam saya ngn kinabalu..hehehe..:)

Ce'gu JAERA said...

wahh, lamanya sudah saya tak naik mount Kinabalu ni.. kali terakhir naik pada tahun 2002 lalu.. lama owh.. entah larat ke nak naik lagi ni.. hehe

elnino de moona said...

gen2merah:..pergh lama tuh.. mehla naik lagi.. dan rasakan kenikmatannya.. hehehe

Anonymous said...

gunung kinabalu...sy rindu sama kamu...nak mendaki lagi thun depan ni..dari mesilau....Erm buat masa ni tak update lagi entry pasal mendaki gunung kinabalu yg lalu......

elnino de moona said...

cikNyz:..update la.. nak tgk gmbr n pengalaman mendaki tuh..hehe..:)

A-L HAQIM said...

Cantekk nyerr header tu...nak vote laa 5 star..saya dah jadi pengikut anda yang setia.. nak tengok Upload Gambar bersama pemain Arsenal & Pemain Malaysia Terbaeeek Dari ladang..Tahap GABAN jon terjah blog saya..

elnino de moona said...

A-L HAQIM:.. tenkiu2... ok nak terjah blog awak skrg.. hehehe..