Monday, June 27, 2011

Day 24- A letter to your parents.




lama aku tinggalkan cabaran ini.. bukan taknak buat..selama ini aku duk ngan family tersayang, jadi takdak idea nak di buat cerita..tapi disebabkan baru 5 hari aku di tinggalkan berseorangan di rumah ni.. ada idea la aku nak post sesuatu atau lebih tepat teruskan cabaran aku yang berbulan-bulan nda bersambung.. wahahaha! ok here were go..

..Day 24- A letter to your parents..


untuk mak dan bapakku.. jan risau yer..


1. anakmu yang nakal ni pandai jaga diri walaupun seorang-seorang di umah.. (ada kucen jugak meneman)..
sudah tiga hari anakmu ini tidur berseorangan..jangan risau anakmu akan pastikan semua pintu berkunci dan setkan alarm supaya tak lewat pigi keja..T_T

2. anakmu yang malas ini jugak suda rajin kemas-kemas rumah dan masak.. (kesian teda di harap suda)
tadi anakmu ini masak dan sambil membebel dengan kucen-kucen kesayangan sampai tak sedar ayam dah hangus sepotong..jangan risau anakmu tidak akan menyebabkan kebakaran berlaku T_T

3. anakmu yang manja ini nda bawa bekal suda pi sekolah (makan di kantin jak..haha)
biasanya mak yang sediakan bekal.. sekarang anakmu ini pigi keja arap dapat tumpang makanan dengan rakan sekerja jak.. takpun makan kat kantin.. jangan risau..anakmu tidak kurus.. menten sahaja..T_T

4. anakmu yang cerewet ini marah-marah jak kejanya.. (teda kawan bikin cerita kali.. ahaks)
anakmu jadi hati tisu untuk beberapa hati ini kalu bukan marah.. merajuk la kejanya.. jangan risau.. anakmu akan baik-baik saja di sini..T_T

5. anakmu yang kecik ini masih boleh di percaya.. (tidak jugak keluar merayau-rayau tanpa hala tujuan..hehe)
hanya keluar bila perlu dan pergi kerja sahaja.. selepas itu anakmu hanya duduk di rumah bermain dengan kucen..jangan risau mak dan bapakku.. telefon ini sentiasa berbunyi untuk menjawab panggilan kalian.. wee..^_^

perkenalkan.. ini mamaku..:)

okla itu saja.. huhuhu.. rasa cam lama jak dorg teda di rumah ni.. bosan gue!!..


Sunday, June 26, 2011

vote..vote..vote for moonrahdin.. yeay!..


hai..hai..hai..apa kabar rakan dunia blog ku.. ada jugak ka yang melawat ke sini sementara aku berkeliaran di fesbuk aja?..hehehe.. takpela.. ok ni aku nak minta tolong korang tuk vote blog aku dalam kategori-kategori di bawah ini.. simple jak kan.. kalu korang rasa aku layak tuk di vote.. rajin-rajinkan la diri untuk vote.. jan risau free jak..leh vote setiap hari tau...di bawah ni list yang aku join.





link entry ni korang leh baca di SINI


header aku yang comel ni ciptaan sang pencinta..
korang pun leh vote dia jugak.. tuk blog terbaik 2011

kalau korang berminat.. leh vote blog-blog yang lain jugak..:)

untuk mengundi.. boleh klik link ini 

mucha gracias..
http://www.emocutez.com




Wednesday, June 22, 2011

SEGMEN : JOM KITA MAIN-MAIN DI BULAN



segmen simple jak ni.. 

nak tahu apa gamenya.. tunggu malam ini..
 tarikh tutup sampai jam6 ni.. sepa nak join..klik sini ya..

SEGMEN : JOM KITA MAIN-MAIN DI BULAN



p/s:..bulan?..ahaks.. nama aku tuh..;p

Sunday, June 19, 2011

Pencarian Blog Terbaik 2011-blog list yuyue




 saya join!..:)

nak tag

ok done!..
http://www.emocutez.com


sepa nak join klik sini
Pencarian Blog Terbaik 2011-blog list yuyue






mari menari 2 MM NITA


pasangan MM NITA

program mari menari musim ke 2 telah memulakan tirainya pada 17 jun 2011. seramai 10 peserta program mari menari akan berentap pada musim ini.. Musim kedua ini berbeza dengan musim lalu. Kali ini kita bahagiakan 10 pasangan kepada dua kumpulan yang akan dijaga oleh kapten jurureka tari, iaitu Ray dan Belalang. Kedua-dua mereka mewakili dua tarian yang berbeza iaitu Ray lebih kepada moden dan Belalang pula kepada tarian nusantara. Tapi, tak bermakna pasangan yang berada dalam kumpulan mereka hanya tertumpu pada dua tarian ini sahaja. Kesemua mereka akan tetap diberi tugasan untuk mempersembahkan tarian yang lain-lain. Cuma apabila kita perkenalkan dua kumpulan, ianya lebih mudah kerana mereka sudah mempunyai ketua yang akan menjaga setiap tarian dan perilaku mereka. Sebelum ini pasangan hanya berada di bawah pengawasan penasihat atau pengajar sahaja


ok di sini aku nak tolong promote pasangan adik beradik dari negeri sabah ini.. sangat comel dan mempunyai potensi yang tinggi dalam program mari menari seperti yang di komen oleh para juri di persembahan tirai itu hari.

biodata MM NITA

Nama Penuh:
NORNY YUSNITA BINTI JENING
UMAR ALI BIN JENING
Tarikh Lahir:
1 JUN 1989/22 TAHUN
23 FEBRUARI 1991/20 TAHUN
Tempat Lahir:
KOTAKINABALU, SABAH
KOTAKINABALU, SABAH
Pekerjaan:
PELAJAR
LEPASAN STPM
Tinggi:
154 CM
164 CM
Berat:
46 KG
50 KG
Agama:
ISLAM
ISLAM
Bangsa:
BAJAU
BAJAU
Hobi:
MENARI
MENYANYI & MENARI
Sukan Kegemaran:
BOLA JARING
FUTSAL
Jenis Tarian Disukai:
ETNIK, INDIA, TRADISIONAL
TRADISIONAL & MODEN
Jenis Tarian Tak Disukai:
PENDET (INDONESIAN)
PENDET (INDONESIAN)
Jenis Tarian Ingin Dicuba:
ZAPIN
BALLET/ KONTEMPORARI
Jenis Muzik Digemari:
ARAB, BOLLYWOOD, ETNIK KREATIF
K-POP, J-POP & NASYID
Program TV Pernah Disertai:
TIADA
RTM 1 ( TLTB SSNYEEHH)
Sejak Bila Mula Menari:
SEJAK BERUMUR 9 TAHUN
SEJAK BERUMUR 15 TAHUN


SUMBER: MURAI.COM


jangan lupa saksikan MARI MENARI 2 di ASTRO RIA 104 bermula 17 Jun 2011 dimana pasangan adik-beradik UMAR & NORNY (MM NITA) di bawah tunjuk ajar koreografer ABANG ACID dari kumpulan BELALANG akan berentap dengan 9 pasangan lain.

Untuk Mengundi/SMS:

Taip MM NITA atau MM♥/5/10/20>NITA untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999
Contoh: MM5 NITA ke 32999
MM20 NITA ke 32999


ops!.. macamana bah.. 
good luck tuk korang ya dik..
JANGAN LUPA UNDI MM NITA..:)



maklumat lanjut boleh layari website MARI MENARI 2 
nak tengok gambar peserta klik SINI



Friday, June 17, 2011

"Segmen | Tabiat saya yang paling pelik.."


aku berminat mo join segmen ni pas melawat ke blog Gen2merah.. segmen ni aku rasa menarik dan sangat sempoi.. caranya senang sahaja..ok meh kita tengok tabiat aku yang di anggap pelik ini..

1. tak suka sikat rambut.


aku memang dari kecik sampaila ke besar camni memang tak suka nak sikat rambut.. entahla kenapa.. rambut aku dahla panjang mengurai kan.. rasa cam pontianak pun ada.. hehe.. aku kalu pas mandi.. biar jak rambut tuh kering camtu..kalu dulu zaman kecik-kecik mak aku la yang rajin kemaskan rambut aku ini..

2. suka makan maggie mentah-mentah


ini memang kegemaran aku ni dulu.. bukan nak masak pun maggie ni.. makan mentah camtu jak.. kasi hancur, letak perisa tu dan makan seperti sedang memakan jajan.. pergh sedap.. tabiat ntah sepa yang aku ikut ni..hihi

3. suka conteng-conteng

aku kadang-kadang kalu bosan pantang ada buku atau kertas depan mata memang akan menjadi mangsa contengan aku.. aku tulis jak apa-apa di kertas tuh.. sampai penuh.. pastu ok dah.. kalu tengah duk bertepon lagi la makin menjadi contengan-contengan di kertas itu.. kadang-kadang automatik benda yang kita duk bualkan aku boleh tertulis di kertas tersebut..ops.. leh pecah rahsia ni..hihihi

4. suka makan beras

yang ini aku pun tak tahu sejak bila mula.. pelik sangat.. aku kadang suka makan beras mentah camtu jak.. kalu aku rasa nak makan aku pi la amik segenggam beras pastu kunyah-kunyah.. cam sedap jak rasanya.. euw.. tapi sekarang tabiat ni dah ilang.. aku sendiri pun tak tahu camna boleh ilang.. haha

okla itu saja pelik rasanya.. :)

jum-jum sepa nak join klik SINI ya..nak tengok jugak tabiat pelik korang..hehehe



Thursday, June 16, 2011

Liverpool Asia Tour 2011



quick update ni.. saja nak menayangkan tiket aku tuk 16.07 nanti.. tak sabar wei nak pigi stadium tengok Liverpool beraksi.. tengok-tengok ni barula namanya peminat kan.. sanggup ni aku datang jauh-jauh sebab nak tengok club fav aku main.. hohoho keterujaan yang teramat..ahaha.. walaupun kekasih hati aku torres dah belot gi chelsea.. aku tetap setia ngan the reds.. dulu, kini dan selamanya.. cheewaah..:)


my tiket.. sila la jeles..


training pass.. weehooo..:)

p/s:..kualiti gambar sangatla tidak memuaskan.. tiket ni ada kat tempat abang aku.. tak sabar aku nak pegang sendiri oo.. ish..(sabar la wahai ati..sebulan seja lagi.. huehuehue)



Tuesday, June 14, 2011

xpdc mount kinabalu part 3





'Apa guna pergi luar negeri
naik kinabalu hati saya RINDU'...



serius aku dah mula rindukan kinabalu. kinabalu yang aku dah jejaki oktober tahun lepas. satu pengalaman manis yang tak dapat digambarkan hanya melalui kata-kata. kena rasa sendiri kehebatan dan cabarannya barulah anda akan rasa kenikmatannya berada di puncak kinabalu itu.. cheewah.. (ayat tuh ba)..hehe..

entry ini aku sambung dari part 1 dan part 2 yang telah lama terbelangkalai aku tinggalkan. semangat jak kan awal-awal buat entry siap ada part-partnya padahal tak rajin pun aku nak update. ok part 3 ini aku akan ceritakan detail mengenai pendakian aku dari mula sampailah ke puncak dan di sertakan sekali dengan gambar-gambar (ini sudah semestinya kan..ahaks)

seawal 5.30am kami dah bersiap untuk memulakan pendakian. Belum start mendaki lagi ni.. baru nak pergi berkumpul, register amik name tag, kenal dengan Mr.Guide dll. suasana awal pagi tuh tak payah nak cakaplah, memang sejuk gila. aku awal-awal dah mengigil mandi masa tuh. excited bukan main aku tak sabar nak memulakan pendakian.


-7.00am (balsam cafe)-

seperti biasa awal pagi kena breakfast dulu. amik tenaga untuk mendaki. pagi ni kami sampai paling awal takut nanti tak dapat tempat duduk kalu turun lewat. masa ni jugak para pendaki di berikan bekal untuk bekalan semasa mendaki, ada 2 biji telur, ayam goreng seketul, pisang, buah epal, roti dan air mineral. aku di sebabkan nervous dan excited memang tak dapat nak makan..perut asyik meragam jer, badan seram sejuk.. dui apakah.. baru mo daki kinabalu kan.. belum Everest..iskiskisk


-Timpohon Gate-


pendakian bermula di sini. awal-awal memang akulah orang yang paling bersemangat sekali. kalu boleh semua tempat aku nak amik gambar. di setiap kilometer lagilah. bukti tuh aku dah sampai kan. mana mau rugi. terdapat 7 pondok yang perlu dilalui sebelum sampai ke laban rata. sepanjang perjalanan kami dengan mesranya menegur para-para pendaki yang dah mula turun..bangga tengok dorang yang rilek jak ni. paling mencabar semangat seorang budak berusia 6 tahun. takpa-takpa dalam hati aku ckp..aku akan sampai jugak nanti. perjalanan dari timpohon ke pondok petama aku rasa jauh sangat, balik-balik aku tanya bila lah nak sampai..hehe..dari Mr.Guide jugak aku tahu yang kak Armah tak dapat nak menerukan pendakian sebab dia dah semput tengah jalan.sian kak Armah.. takpa, lain kali boleh cuba lagi..:)

-pondok 1 (kandis)-

lihatlah wajah keriangan itu. sangat excited bukan. masa ni tenaga masih banyak lagi dan masih berada bersama dengan grup-grup mereka itu.

-pondok 2 (ubah)-

perjalanan dari pondok 1 ke pondok 2 taklah jauh sangat jadi aku masih mampu tersenyum di temani oleh kak paji dan abg toby..

-pondok 3 (Lowi)-

menuju ke pondok ke 3 dah start ujan renyai-renyai tapi masih bertahan. pendakian tetap diteruskan. nasib baik semua peralatan dah disediakan jadi takdak hal la. perjalanan di teruskan walaupun ujan lebat mencurah-curah membasahi gunung kinabalu. masa nih jugak aku dah terpisah dari kak paji dan abg toby di kilometer 3.0 (2455m). aku jalan sorang2, amik gambar sorang2 di tengah ujan lebat itu. aku tawakkal jak teruskan pendakian sorang-sorang..uhuks.

-pondok 4 (Mempening)-

sampai jak aku di sini kak paji sedia menanti. jadi adalah kawan aku tuk meneruskan pendakian. kami berehat kejap, makan bekalan yang ada. masa ni kami dah basah lencun dah. pergh sejuk!..

-pondok 5 (layang-layang)-

sepanjang perjalanan ke pondok ke5 ujan masi menemani pendakian kami berdua. Abg toby dah jauh di depan sana. tak dapat kami nak mengejarnya..hehehe aku dan kak paji keja amik gambar jak. aku amik gambar dia. dia amik gambar aku..lucu jak kan..

-pondok 6 (Villosa)-

inilah kak paji a.k.a pelancong jepun yang setia menemani aku.. huehuehue

sampai pondok ke 6 ni, kami jumpa pelancong dari Belanda. ensem-ensem belaka semuanya. mereka gelar diri mereka 'boys from mountain'..walaweh.. steady jak dorang ni mendaki, macam takda rasa penat langsung. start dari pondok ke6 ni suasana dah berubah, pemandangan sekitar gunung kinabalu makin santek.ada antara tumbuhan yang aku rasa tak pena tengok pun sebelum ini. santekla..:)


boys from mountain..hahaha

-pondok 7 (Paka)-

ini pondok terakhir sebelum sampai laban rata. kami berehat sebentar di sini sementara menunggu kak rosme & kak lily sampai. sempat jugaklah berkenalan dengan abg ADK itu. lucu jugak bro itu.. gaya cam mo pigi kebun jak..santai ni.. cayala lu bro!..

-2.13pm (Laban Rata)-

akhirnya aku sampai laban rata. keterujaan yang teramat di situ. bergambar paling utama terlupa seketika kepenatan masa mendaki. line tepon pun full, apa lagi membuat panggilan la untuk men'jeles'kan orang-orang sekeliling. sebelum naik ke gunting lagadan, kami berehat sebentar di cafe makan2. tak lama lepas tuh aku dah rasa perubahan kepada tekanan yang tinggi. pening secara tiba-tiba. rasa nak muntah ada jugak. sampai bilik aku letak barang, terus tido. pening sangat kepala ini tapi tak dapat tido jugak, sejuk betol keadaan di atas tuh.. siap dengan ujan lebat lagi begumpal dalam selimut pun masih terasa kesejukkannya.

oya yang baju biru tuh abg asni, bju itam abg toby.. 2 jejaka yang menemani pendakian kami..hehe

-9.00pm (Gunting Lagadan)-

lepas merehatkan diri sebentar, kepala aku dah ok sikit walaupun masi pening-pening. thanks kepada kak lily sebab masakkan kami megi dan buatkan air. beruntung mendaki ngan staff nurse ni.layanan macam di hospital.hehe.. ada adengan lucu jugak berlaku di sini. peristiwa 'sabun di bilik mandi..sabun....' hahaha lucu bangat deh sama itu orang..siap bersahut-sahutan lagi menyanyi masa mandi di situ. air pun punya main sejuk. terasa sampai ke otak.

-1.56am (bersiap-siap mendaki ke puncak)-

masa ni semua pendaki bersiap-siap untuk naik puncak. masa ni jugak memang sedia kena pakai baju tebal-tebal, sarung tangan tebal-tebal, taouchlight mesti ada. pendakian ke puncak lagi la mencabar, melalui halangan yang sukar, tekanan yang tinggi dan dalam keadaan yang gelap. sebenarnya aku risau jugak mula-mula sebab ujan lebat turun sepanjang malam takut keadaan tidak mengizinkan pendaki untuk mendaki ke puncak. nasib baik menjelang jam 2, hujan dah reda, jadi kami para pendaki memulakan pendakian. adalah dalam 200 orang pendaki masa tuh. ramai sangat termasuk pelancong dari dalam dan luar negeri. dorang ni bising-bising tau, sibuk nak naik cepat jak..

dalam perjalanan menuju puncak ni (ceh) aku dah merasa kesukarannya. aku rasa cam nda larat dah mo mendaki..aku penat, aku takleh benafas, idung aku berair, aku ngantok..balik2 aku menguap, aku kesejukan, balik2 aku benti, aku jauh ketinggalan di belakang. setiap kali aku tengok depan aku dah nampak puncak kinabalu..rasa cam dekat padahal sebenarnya jauh lagi. Mr.Guide balik-balik bagi aku kata semangat 'dekat lagi tuh.....', 'jgn benti2..nanti penat'.. tapi aku memang tak boleh..selangkah 2 langkah aku benti, amik nafas dan menguap..<--motif apa pun aku tak tahu.. hahaha..

akhirnya berkat sokongan mr.guide dan semangat aku yang tinggi tepat jam 5.56am, 30 oktober 2010 aku menjejakkan kaki di gunung tertinggi asia tenggara ini.. aku bangga..pena berbaloi-baloi. aku dapat saksikan matahari terbit di puncak kinabalu.. santek sangat..kuasa ALLAH melebihi segalanya..:)


akhirnya kami berjaya.. yeay..:)


enjoy this video..lalala

aku rakam kejap jak.. tangan aku mengigil kesejukan pegang kamera. okla ba kan daripada tiada..
bukti ni.. hehehe..


bersambung di part 4. nnt aku ceritakan pengalaman time turun plak ok..:)


p/s: ingatkan nak bagi abes. panjang la plak entry aku ini...fuh!..penat menaip..hahaha


Friday, June 10, 2011

i love YOU!..




I like your smile
I like your vibe
I like your style
But that’s not why I love you

And I, I like the way
You’re such a star But that’s not why I love you
Hey..Do you feel, do you feel me?
Do you feel what I feel, too?Do you need, do you need me?
Do you need me?


You’re so beautiful But that’s not why I love you
I’m not sure you know That the reason I love you
 is you being you Just you
Yeah the reason I love you is all that we’ve been through
And that’s why I love you

La la
La la la la La la
La la la la
I like the way you misbehave
When we get wasted But that’s not why I love you
And how your keep your cool When I am complicated
But that’s not why I love you

Hey
Do you feel, do you feel me? Do you feel what I feel, too?
Do you need, do you need me?

Do you need me?



Yeah – Oh.
Oh.
Even though we didn’t make it through
I am always here for you
You
La la
La la la la (oh oh)
La la
La la la la (That’s why I love you)




Thursday, June 09, 2011

BATARA... this is for you!!...




this is bataraguru..

entry ni sebenarnya suda lama terkubur..sejak dari tahun 2009 lagi.. aku da penah janji dengan batara mo wat satu entry khas untuk dia.. sory batara.. lama tersimpan dalam draf seja entry tuk ko..hihi jadi malam ini aku dengan semangatnya ingin membuat satu entry khas untuk dia sempena ulangtahun kelahiran batara untuk kali ke 26.. 9 june 2011..uiyoooo... da besak ya batara..

aku kenal dengan batara ni sejak taun 2009.. zaman aku lum mengaktifkan diri dengan fesbuk.. batara yang aku kenal lewat YM.. ahaks.. gambar conan di atas tula gambar display batara di ym.. aku ingatkan sepala yang tegur aku ni.. rupanya geng2 FT17 jugak.. memandangkan batara sama jawatan dengan aku.. aku ajak batara join forum technician negeri sabah.. senang tuk berhubung dan mendengar permasalahan rakan sejawatan. sejak dari situ makin rapatlah aku dengan batara yang aku anggap sebagai salah seorang sahabat aku.. sahabat yang aku leh bercerita..sahabat yang selalu wat aku ketawa dan berkongsi masalah.. aku senang berkawan dengan batara.. walaupun aku dah tau nama sebenar dia.. aku lebih suka panggil dia batara.. sehingga ke hari ini.. lucu bukan..hehehe..:)

batara yang aku kenal memang seorang yang periang..lucu dan .rock itu memang penting..haha...selalu cerita pasal tawau dengan aku walaupun dia tau aku mulanya nda brapa berkenan dengan 'tawau'.. ya batara tau sebabnya kenapa..hihi

thanks batara kerana menjadi sahabat aku selama ini.. batara yang selalu menjadikan aku tempat rujukannya yang selalu blur ngan hal berkaitan jawatan dan permasalahan komputer.. batara yang selalu wat aku ketawa dengan lawak-lawak dan ceritanya.. batara yang setia menjenguk blog aku sejak dari dulu sambil senyum2 depan pc.. hahaha.. 

the real bataraguru..:)


last but not least.. 

gambar ni jugak paling lagend.. palingku suka.. terutama tulisan di baju itu..haha..;p

comel..ahaks..


...........HAPPY BIRTHDAY BATARA.......
semoga panjang umur sahabat.. berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.. murah rezki, dipermudahkan semua urusan dan semoga success menurunkan berat badan anda.. hahaha..;p okla itu sahaja.
aku sertakan sekali lagu yang paling di minati di abad ni.. semoga terhibur...:)





p/s:..gambar di colik dari fb Reesmonth BataraGuru. ahaks.ahaks..



Tuesday, June 07, 2011

new project..my 1st cheese kek..ahaks



assalamualaikum kawan-kawan..
ok kali ini.. aku nak jadi chef sekejap..tak lama sekejap jak jer.. nak eksen ngan korang yang aku da pandai wat kek wooo... tak caya?.. ok meh kita saksikan.. 1st project aku ni.. memang tak boleh blah..entry ini akan di penuhi oleh gambar-gambar..so aku saja nak inform awal-awal.. manatau ada yang protes kewujudan aku di situ..ahaks.. tanpa membuang masa meh kita kenal-kenal bahan tuk wat kek ini yer..


1. Tepung Optima 250g
2. Telur 4 biji (gred B)
3. Ovalete 1 sudu makan
4. air 50g
5. minyak makan 50g
6. cream philadephia
7. chedder
8. susu pekat 1 tin.
9. 1 sudu esen vanila

bahan-bahan dah sedia.. meh kita wat kek..weee~..

step 1:..kita masukkan telur bersama ovalete dan pukul sehingga kembang..

ewah.. kusyuk chef kita ini yer..ahaks..

step 2:.. masukkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi sehingga adunan tadi sebati..


step 3:..masukkan minyak dan air..pukul lagi sehingga adunan kembang


step 4:. last sekali masukkan esen vanilla..


ok kak.. dah kembang da tuh.. takyah nak buat muka cenggitu..hoho

cara-cara nak buat cream..
masukkan cream philadephia dan susu ke dlam mixer dan pukul sehingga sebati..


dah siap.. ok masa tuk kita bakar kek selama 40 minit, 170 darjah celcius


40 minit kemudian.. 
tadaa... kek da masak.. so sekarang masa untuk letakkan cream dan cheeder ke atas kek 

akhirnya.. kek dah siap dan sedia untuk di makan.. nyum2.. sedapnya ni.... 


dan inilah hasilnya..bila aku bawa balik rumah...licin woo....


hehe bangga wei aku dah leh wat kek.. suka..suka..suka.. amcam..ada bakat jadi chef suda kan..hahaha..



p/s:..psttt..diam-diam.. ni lah keja kitaorg di opis petang tadi.. sempat lagi kan.. muahahaha~..