entry ni kesinambungan daripada entry-entry part 1, part 2 dan part 3 sebelum ini.. setelah sekian lama terbelangkalai.. ada eloknya aku sambung sekaligus menamatkan cerita mengenai pendakianku yang sedikit masa lagi menghampiri ulang tahun yang pertama.. haha..entry terakhir di part 3 tuari aku menamatkan sampai puncak. kali ni aku kongsi pengalaman semasa turun plak.. memang tidak di nafikan kesukaran masa mendaki tuh terasa tetapi waktu turun lagi la sangat mencabar bagiku..
sebelum aku sambung menaip dengan penuh semangat.. apa kata kita layan gambar-gambar aku di puncak kinabalu yang aku rasakan sangat menarik di mataku.. zasss..
antara posing yang menarik dari kami berlima..:)
peace..
kami di atas awan..
salah satu laluan yang mencabar.. laluan yang kami naik time subuh2 mmg tak nampak cerun di bawah tuh.. dah turun baru la nmpk jelas keadaan sebenar.. silap sikit leh mati tergolek..seram!!...
tali itu sangat penting ok..
beratur mo turun..
time turun ni tekanan terasa sangat di bahagian kaki.. dan di sinila penting dan bergunanya tongkat yang kami beli mahal-mahal tuh.. memang nda sia-sia membeli.. start dari gunting lagadan kaki aku sakit.. terpaksa jalan pelan-pelan.. cam ketam suda caraku melangkah menuruni gunung kinabalu.. dorg yang lain suda jauh di depanku.. aku mmg nda dpt kejar dorg suda.. kalu aku paksa jugak..alamatnya kakiku makin teruk nnt.. jadi atas alasan itu dan dengan bantuan guide.. aku slowkan pergerakan.. tahan selagi mampu.. time ni takdak semangat dah aku nak amik gambar.. lam kepala aku tak sabar nak smpai timpohon.. yang kurasakan begitu jauh di bawah..huhu
aku orang terakhir sampai di timpohon dalam jam2.30.. geng-geng yang lain suda sedia menantiku dengan sabar di timpohon..kepenatan yang sangat berbaloi..
kami berlima yang berjaya sampai puncak.
tahniah untuk diri masing-masing ok.. hehe..:)
dan yang paling penting untuk dapatkan sijil berharga ni..
dah boleh senyum semula walaupun kaki berdenyut-denyut kesakitan.
pengalaman mendaki gunung ni memang sesuatu yang menyeronokan.. walaupun sebelum ni aku pernah mendaki gunung santubong, gunung gading dan gunung ledang. tapi gunung kinabalu memang memberikan pengalaman dan kepenatan yang sangat berbeza jika di bandingkan gunung yang aku daki sebelum ini. paling penting aku mencabar kemampuan diri sendiri untuk menghadapi setiap cabaran dan tekanan dalam perjalanan untuk menakluki kinabalu.. seminggu selepas mendaki kaki aku masih belum sembuh sepenuhnya.. aku terpaksa menahan jak sakit kaki terutamanya naik dan turun tangga.. pergh.. inilah akibatnya kurang exercise sebelum mendaki dulu.. jadi pesananku untuk para pendaki yang mempunyai hasrat ingin mendaki kinabalu.. pastikan anda sudah siap sedia dari segi fizikal dan mental dan paling penting exercise yang cukup.. jangan jadi macam aku.. injured tengah jalan time turun..kuikuikui!...
special thanks to uncle sopain and uncle gompat.. guide kami..:)
p/s:.. kisah pendakianku berakhir di sini.. insyaALLAH.. ada rezki lebih aku ingin menjejaki lagi gunung kinabalu ini.. belum puas rasanya mencipta kenangan di atas sana..:)
4 comments:
wah....siok ko ahh ada lagi bercandid di kawasn curam tue....masa tue CikNyz dah tak fikir nak candid2 dah..yag tau berfikir mcmnana mo melalui part paling gerun tue..ngee^^..mrngigil kpal lutut....erm,,CikNyz pun baru baru update n3 pasal pendakian Gunung Kinaba,u yg allu.....
hehehe.. lama ba baru terupdate sal cita kinabalu ni..oya cikNyz.. segmen tuari dah siap jawab.. ada masa jenguk2 la ya..
ok..tq sbb sudi join segmen tue wlpupn xdok smbutan..maaf sgt2 sbb bz sgt2 smpai taks empat nk tgok entry2 tersrbut.....huhuhu pe lagi nk uodate belog CikNyz..erm sbg tanda penghargaan..sila berikan emailkan no hp kat email CikNyz
syazny7@gmail.com
ok sama2... sy dah email da tadik.. nnt cek ya..:)
Post a Comment