Saturday, August 27, 2011

bukan itu namanya cinta kerana ALLAH


Cinta kerna Allah...

Kata-kata itu yang pernah engkau ucapkan padaku...

Atas nama cinta ini, aku berharap hubungan kita diredhaiNya...

Atas nama cinta ini, hubungan kita akan selalu dijagaNya...

Atas nama cinta ini, ku berharap kita kan sampai pada tujuan kita...


Tapi nyatanya...

Semua berbeza...

Tak seperti dengan apa yang ku pikirkan...

Masalah bertambah...

Hati gelisah...

Hidup terasa tak ada gunanya...


Ahh... apa ini yang dinamakan cinta kerana Allah??

Apa sebenarnya maksud mencintai seorang hamba kerna Allah??

Kenapa Allah tidak mengizinkanku untuk mengapai cinta lebih lama??

Cinta seperti apakah yang diredhaiNya??


Bukannya kami adalah hamba yang selalu bersujud padaNya

Bukankah kami takkan terjerumus pada maksiat kerna selalu mengingatNya

Bukankah aku mencinta dia dilandasi kerna cinta kepadaNya

Tapi mengapa Allah mengizinkanku untuk mengapai cinta itu hanya sementara

Mengapa Allah tidak menyatukan kami hingga harapan kami terwujud

Apakah cintaku selama ini salah???...


Sahabatku....

Selama ini kamu salah memaknai cinta itu...

Cinta itu tetap bertentangan dengan agama...

Cinta itu tidak diredhaiNya...

Bukan itu yang namanya cinta kerna Allah...bukan...bukan itu...


Tapi...

Bukankah cinta kerna Allah itu....

Mengerti akan kelebihannya, memahami dan menerima kekurangannya??

Ya... itu memang cinta kerna Allah....

Bukankah cinta kerna Allah itu....

Aku melihatnya tidak dari fizikal tapi dari akhlak dan agamanya??

Ya... itu memang cinta kerna Allah...


Lantas...apa yang salah dengan cintaku??

Cintamu tidak salah, kerna cinta itu adalah fitrahNya

Namun yang salah adalah cara kamu menempatkan cinta itu


Jika kamu saling mencintai kerna Allah

Kamu takkan saling mengajak dalam hubungan yang salah

Takkan saling mengajak mendekati maksiat

Takkan mengucap & menghiasi kata-kata cinta

Tapi akan menyimpan cinta kamu dihati

Hanya Allah-lah yang tahu akan cintamu


Jika dia mencintaimu kerna Allah

Dia takkan mengajakmu berkasih (b'couple)

Akan tetapi sudah berpikir ke arah pernikahan

Jika dia memang mencintaimu

Maka dia akan melamarmu

Atau dia mencintaimu dalam diam

Tidak mengganggu penjagaan hatimu

Barulah cinta kamu itu sempurna, cinta kerna Allah


Astagfirullah...~Jahilnya diri ini~

Maafkan aku cinta...

Selama ini aku ikut serta mengajakmu ke jalan yang salah

Selama ini aku membuat kita masuk dalam linangan dosa

Selama ini kita melakukan hal yang sia-sia

Maafkan aku cinta... maafkan aku...

Maafkan juga atas kurangnya pengetahuanku...

Maafkan atas salah dan silapku...



Cinta...

Kini kusedari bahawa semua itu salah

Maafkanlah segala kesilapan yang telah kita lalui

Kita memang harus berpisah

untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi

Dan bila kita memang ditakdirkan untuk hidup bersama

Pastilah Allah akan menyatukan kita.



~kekadang aku keliru dengan cinta itu~


muhasabah diri..huuuu :(




sumber:. kuih penalti


ku tetap menanti





Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarlah waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu






Wednesday, August 24, 2011

mee kari versi moon..ngeh!



tadaaa.... akhirnya berjaya jugak aku wat mee kari untuk hari ini.. juadah tuk berbuka sebentar tadi.. balik keja trus pi beli bahan-bahan.. dalam jam5.30 sampai umah cepat-cepat buat..kelam kabut jadinya aku di dapur.. mengejar masa kan..dengan masa yang terhad itu akhirnya siap jugak projek aku arini.. haha.

bahan-bahan:

300g mee kuning
fish cake
fish ball
taugeh
1 ikat sawi
kobis
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
1 kotak santan
garam
2 sudu besar cili serbuk
2 ketul ayam dipotong sederhana kecil

cara-cara:

1.  potong fish ball dan fish cake
2. kobis di potong halus dan potong sawi, asingkan batang sawi ke dalam bekas kobis dan daunnya ke bekas yang lain
3. hiris bawang merah, bawang putih dan halia
4. bancuh serbuk kari dengan menggunakan air
5. kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili serbuk serta serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
6. masukkan ayam, fish ball, fish cake dan masukkan santan selepas itu, biarkan kuah itu mendidih kemudian masukkan kobis dan batang sawi.
7. tambah garam secukup rasa, taugeh dan daun sawi ke dalam periuk
8. biarkan kuah mendidih untuk sementara dan tutup api selepas itu
9. celurkan mee kuning dengan menggunakan air panas, jangan terlalu kembang
10. pastu hidangkan untuk di makan



resepi asal ni aku dapat dari blog entah sepa dah tadi dalam website myresepi tuh.. simple dan ringkas jak.. tapi tak semua bahan-bahan aku ikut bulat-bulat.. aku wat ikut kesesuaian orang di rumah ni yang tak makan pedas dan ikut bahan yang aku sedia beli jak.. dan jadila mee kari versi moon ini...berjaya la jugak aku wat untuk pertama kali ini.. ngeh-ngeh.. ^_^



p/s:.. kejap lagi wat cookies plak.. yeah.. semangat moon..:)


Wordless Wednesday #7

mood:.. rindu dengan budak 2 orang ni..
rindu dengan kenakalan yang besar dan rindu dengan kecomelan yang kecik.. 
muka konpem da berubah..dah masuk 2 bulan.. huuuu




cabaran 30 hari VCO softgel


apa itu VCO softgel?..


VCO - virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO keluaran Catalyst ialah menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sbg supplement tambahan terutamanya untuk kulit.Ia dpt mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

ok..memandangkan kulit aku jenis yang kusam tak bermaya selain masalah jerawat dan kulit berminyak .. so aku dengan yakin tryla pengambilan VCO softgel ni untuk merasakan perubahan pada kulit muka..tapi takat ni memang lum nampak perubahan lagi.. baru makan 2 biji.. takan terus dapat perubahan kan.. sebelum itu meh kita tengok apa kepentingan dan kebaikan pengambilan VCO softgel ini.

Fungsi & Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)

Cara pengambilan VCO Softgel :
- 2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Ia dalam bentuk kapsul lembut yg mudah ditelan
- Boleh disapu ke muka 2/3 kali seminggu sebelum tidur
(cucuk kapsul lembut guna jarum)
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong 

berminat tak?? Banyak kan kelebihannya...
leh order dengan ejen catalyst yang berdekatan anda.. aku beli VCO softgel ni dari


p/s:.. tunggu hasilnya 30 hari dari sekarang..ngeh-ngeh


Tuesday, August 23, 2011

kad raya pertama untuk taun ini..:)


berabad lamanya aku nda pena dpt kad raya sejak kemunculan era teknologi IT yang kian membangun ini.. dan untuk pertama kalinya dalam taun ni aku dapat kad raya.. sangat special rasanya dari rakan fesbuk nurul hidayah. ingatkan budak ni main-main nak bagi aku kad raya.. rupanya serius jugak.. hehehe..kata-kata kat dalam tuh.. walaupun simple tapi bermakna..' semoga persahabatan kita kekal selamanya'..



kaedah yang semakin di lupakan.. rasa terharu aku pas kad ni sampai.. trus cepat2 scan dan letak dalam blog ni.. makaseh banyak2 ya dayah.. dan aku suka cara klasik ini.. sebab sangat bereti.. boleh di simpan tuk di jadikan kenangan.. kad raya 9 tahun lepas aku masi ada jugak.. bongkar2 kotak terjumpa balik.. pergh.. syiok mengimbas kenangan..hehe..:)


p/s:.. sepa lagi nak bagi aku kad raya yer?..ahaks


Sunday, August 21, 2011

xpdc mount kinabalu part 4




entry ni kesinambungan daripada entry-entry part 1, part 2 dan part 3 sebelum ini.. setelah sekian lama terbelangkalai.. ada eloknya aku sambung sekaligus menamatkan cerita mengenai pendakianku yang sedikit masa lagi menghampiri ulang tahun yang pertama.. haha..entry terakhir di part 3 tuari aku menamatkan sampai puncak. kali ni aku kongsi pengalaman semasa turun plak.. memang tidak di nafikan kesukaran masa mendaki tuh terasa tetapi waktu turun lagi la sangat mencabar bagiku.. 

sebelum aku sambung menaip dengan penuh semangat.. apa kata kita layan gambar-gambar aku di puncak kinabalu yang aku rasakan sangat menarik di mataku.. zasss..




antara posing yang menarik dari kami berlima..:)


peace..



kami di atas awan..


salah satu laluan yang mencabar.. laluan yang kami naik time subuh2 mmg tak nampak cerun di bawah tuh.. dah turun baru la nmpk jelas keadaan sebenar.. silap sikit leh mati tergolek..seram!!...



tali itu sangat penting ok.. 


beratur mo turun..






time turun ni tekanan terasa sangat di bahagian kaki.. dan di sinila penting dan bergunanya tongkat yang kami beli mahal-mahal tuh.. memang nda sia-sia membeli.. start dari gunting lagadan kaki aku sakit.. terpaksa jalan pelan-pelan.. cam ketam suda caraku melangkah menuruni gunung kinabalu.. dorg yang lain suda jauh di depanku.. aku mmg nda dpt kejar dorg suda.. kalu aku paksa jugak..alamatnya kakiku makin teruk nnt.. jadi atas alasan itu dan dengan bantuan guide.. aku slowkan pergerakan.. tahan selagi mampu.. time ni takdak semangat dah aku nak amik gambar.. lam kepala aku tak sabar nak smpai timpohon.. yang kurasakan begitu jauh di bawah..huhu

aku orang terakhir sampai di timpohon dalam jam2.30.. geng-geng yang lain suda sedia menantiku dengan sabar di timpohon..kepenatan yang sangat berbaloi.. 

kami berlima yang berjaya sampai puncak.
tahniah untuk diri masing-masing ok.. hehe..:)


dan yang paling penting untuk dapatkan sijil berharga ni.. 
dah boleh senyum semula walaupun kaki berdenyut-denyut kesakitan.

pengalaman mendaki gunung ni memang sesuatu yang menyeronokan.. walaupun sebelum ni aku pernah mendaki gunung santubong, gunung gading dan gunung ledang. tapi gunung kinabalu memang memberikan pengalaman dan kepenatan yang sangat berbeza jika di bandingkan gunung yang aku daki sebelum ini. paling penting aku mencabar kemampuan diri sendiri untuk menghadapi setiap cabaran dan tekanan dalam perjalanan untuk menakluki kinabalu.. seminggu selepas mendaki kaki aku masih belum sembuh sepenuhnya.. aku terpaksa menahan jak sakit kaki terutamanya naik dan turun tangga.. pergh.. inilah akibatnya kurang exercise sebelum mendaki dulu.. jadi pesananku untuk para pendaki yang mempunyai hasrat ingin mendaki kinabalu.. pastikan anda sudah siap sedia dari segi fizikal dan mental dan paling penting exercise yang cukup.. jangan jadi macam aku.. injured tengah jalan time turun..kuikuikui!...

special thanks to uncle sopain and uncle gompat.. guide kami..:)


p/s:.. kisah pendakianku berakhir di sini.. insyaALLAH.. ada rezki lebih aku ingin menjejaki lagi gunung kinabalu ini.. belum puas rasanya mencipta kenangan di atas sana..:)



Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #6


mood:.. mengidam coto makasar keningau...huuuu -_-!
bersama ABC makan time tengahari.. pergh!!...


Friday, August 12, 2011

plants VS zombie...




yeargh.. sekarang aku main games ni.. hahaha.. best.. aku dapat dr letop budak-budak yang aku repair.. aku copy jak dan try main.. rupanya memang menyeronokkan.. best jak tengok zombie-zombie tuh datang... kin sakit ati gak zombie-zombie ni kadang susah mo mati.. hahaha.. tp serius best main games ni.. sepa-sepa lum main.. jum la torai.. hehehe..:)


sekarang aku main baru level 3.. alahai..jauh lagi perjalananku menempuhi zombie-zombie sekalian ni..


lihatla..zombie yang sedang kelaparan.. comel kan mereka..ahaks.. inilah yang aku layan kalu aku dah boring mengadap fesbuk seharian.. ok mo sambung main balik.. zassss~...




Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #5

mood:..hadapi dengan senyuman..:)


p/s:.. last week lupa wat entry sal wordless wednesday ni..huhu -_-!


Wednesday, August 03, 2011

lagu kecewa..tapi BEST!..





lagu kecewa sebernarnya ni..tapi aku suka dengar.. berulang-ulang.. sampai lam playlist di letop aku pun lagu ni paling atas.. kalau dihayati bait-bait lirik lagu ni.. tengok videoklip lagi..pergh!.. bisa bikin nanges ni.. kesian..cinta yang terhalang.. tapi tak apala kan.. amik yang positif jak.. mungkin dia bukan yang terbaik buatmu..aku cam paham jak prasan pompuan lam videoclip tuh.. tabah jak dia datang time bf dia kawen..huhu..erk.. cam ada kaitan jak lagu ni ngan aku?..hahahaha.. 

lirik lagu ni..aku penah post di entry sebelumnya 


aku suka dengar suara penyanyi ni.. merdu jak.. dari dia join ngan kangen band lagi.. lagu-lagu yang lain pun best..cam lagu ni.. ternyata kamu dan pelengkap hidupku.


p/s:.. mood jiwang tengahmalam..ahaks..;p



Tuesday, August 02, 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Dan Selepas Solat Terawih




sepa-sepa nak join klik jak banner kat atas tuh yer..


arini aku join segmen anjuran kancil8349.. cam best jak kan tajuknya.. pengalaman semasa solat terawih.. terus aku terimbas kembali kenangan aku time kecik-kecik dulu.. setiap kali tibanya bulan puasa perkara wajib mestila kena pergi terawih kan...selepas semua da berbuka puasa.. geng-geng kamcing aku akan datang umah berkumpul dulu sebelum sama-sama bergerak ke masjid..selagi ahli belum cukup..selagi tu jugak takkan jalan.. masjid taklah jauh sgt dari kampung kami ni..jalan kaki jak beramai-ramai bersama budak-budak lelaki yang lain. sampai masjid.. port paling d cari duk bawah kipas.. berebut2 ni ngan budak-budak yang lain semua tanak duk depan dekat ngn macik2..hehe..pastu kejap jak ikut terawih.. masa yang lain sibuk duk berbual ngn kawan-kawan..memang tak patut sangatlah kan.. part paling best selepas solat terawih tuh.. geng kitorang terus berpusu-pusu pi kedai keling sebelah masjid tuk beli kad raya dan mercun... zaman tuh mercun belum diharamkan lagi..jadi boleh bermain dengan suka ria tanpa ada halangan.. tapi sekarang takleh sudah.. bahaya.. hehe..

mengimbas kembali kenangan ni buat aku rindu mereka..

geng kamcing kg pisang..ahaks..;p



Monday, August 01, 2011

30 kelebihan solat terawih..






Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”


tengok video upin ipin ni.. terimbas kembali zaman kecilku p terawih bersama kawan-kawan..hehe



p/s:.. sama-sama la kita merebut kelebihan dalam bulan yang mulia ini..:)