Wednesday, August 24, 2011

mee kari versi moon..ngeh!



tadaaa.... akhirnya berjaya jugak aku wat mee kari untuk hari ini.. juadah tuk berbuka sebentar tadi.. balik keja trus pi beli bahan-bahan.. dalam jam5.30 sampai umah cepat-cepat buat..kelam kabut jadinya aku di dapur.. mengejar masa kan..dengan masa yang terhad itu akhirnya siap jugak projek aku arini.. haha.

bahan-bahan:

300g mee kuning
fish cake
fish ball
taugeh
1 ikat sawi
kobis
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
1 kotak santan
garam
2 sudu besar cili serbuk
2 ketul ayam dipotong sederhana kecil

cara-cara:

1.  potong fish ball dan fish cake
2. kobis di potong halus dan potong sawi, asingkan batang sawi ke dalam bekas kobis dan daunnya ke bekas yang lain
3. hiris bawang merah, bawang putih dan halia
4. bancuh serbuk kari dengan menggunakan air
5. kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili serbuk serta serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
6. masukkan ayam, fish ball, fish cake dan masukkan santan selepas itu, biarkan kuah itu mendidih kemudian masukkan kobis dan batang sawi.
7. tambah garam secukup rasa, taugeh dan daun sawi ke dalam periuk
8. biarkan kuah mendidih untuk sementara dan tutup api selepas itu
9. celurkan mee kuning dengan menggunakan air panas, jangan terlalu kembang
10. pastu hidangkan untuk di makan



resepi asal ni aku dapat dari blog entah sepa dah tadi dalam website myresepi tuh.. simple dan ringkas jak.. tapi tak semua bahan-bahan aku ikut bulat-bulat.. aku wat ikut kesesuaian orang di rumah ni yang tak makan pedas dan ikut bahan yang aku sedia beli jak.. dan jadila mee kari versi moon ini...berjaya la jugak aku wat untuk pertama kali ini.. ngeh-ngeh.. ^_^



p/s:.. kejap lagi wat cookies plak.. yeah.. semangat moon..:)


2 comments:

Anonymous said...

hantar kat umah CikNyz mee kari versi moon ni..ngee^^

elnino de moona said...

boleh2... nnt kita makan sama2 yer..hehehehehe..:)