16 Julai 2011.. genap seminggu dah arini.. merupakan salah satu kenangan terindah.. ya.. terindah sebab julung-julung kalinya aku menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil.. yeah....lagi menambahkan kenangan manis apabila pasukan fav aku datang malaysia.. tak lain tak bukan LIVERPOOL la..apa lagi kan..haha..sangat best.. teruja dan kegembiraan yang tak dapat di sangkal lagi.. memandangkan ini kunjungan pertama THE REDS ke Malaysia.. maka tak hairanla ramai yang akan memenuhi stadium.. termasuklah aku.. bukan senang nak tengok 'live' kan.. hehe..selama 3 hari aku menjejak kasih dengan LIVERPOOL.. start dari training session, mini anfield at Pavilion dan hari perlawanan penting.
14 julai 2011 training session
seawal pagi stadium sudah di penuhi oleh penyokong the reds dari seluruh negara.. aku sampai awal dan sangat teruja melihat persekitaran stadium yang rata-rata memakai baju merah.. tak sabar rasanya nak masuk dalam dan melihat sendiri pasukan kegemaranku berlatih..eksited...:)
Part paling best masa training ni.. lautan ombak beramai-ramai satu stadium.. best.. semangat penyokong LIVERPOOL yang datang.. walaupun terdapat insiden yang penuh kontroversi yang menganggu ketenteraman.. tapi ini tidak mematahkan semangat kesukanan para penyokong the reds untuk terus berada di stadium sehingga sesi latihan selesai.
15 julai 2011 mini Anfield at Pavilion
Aku rasa seperti berada di Anfield ketika ini.. Pavilion penuh dengan mereka-mereka para penyokong Liverpool yang ingin merasakan sendiri pengalaman berada di Anfield.. Ya.. tidak di nafikan semangat itu ada dan ianya sangat menarik dengan pelbagai acara yang di jalankan.. huhuhu cuma aku sedikit kecewa sebab tak sempat nak jumpa players2 ni dari dekat.. aku sampai lewat di sini.. sampai-sampai jak aku tak lepaskan peluang tuk amik gambar sebanyak yang mungkin..hehehe..best..best..best..
16 julai 2011 Liverpool vs Malaysia
MATCH DAY!.. yay.. hari yang di nanti-nantikan..sangat seronok.. perlawanan yang berkesudahan gol 6-3. Liverpool mengalahkan skuad kebangsaan Malaysia...pastu cita panas berkaitan 'patriotik' yang keluar.. aku rasa cam tak berbaloi penyokong the reds yang berada di stadium menyokong dua-dua team.. nak kata tak profesional mengeluarkan isu sebegitu tak jugak..erm.. entahla.. masing-masing punya pendapat dan perspektif yang berlainan.. takpela.. yang penting
...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.. YOU'LL NEVER WALK ALONE...
aku masih berpijak di dunia nyata ok.. ahaks..
p/s:.. suatu hari nanti akan menjejakkan kaki semula ke sini..:)
No comments:
Post a Comment