entry ini mungkin ada yang ingat bersikap perkauman..oh tidak.. bukan itu maksudku.. ini cuma satu entry perhargaan..betapa aku sangat berbangga menjadi salah seorang masyarakat bugis yang masih mengekalkan adat tradisi dan keistimewaan mereka. tidak dinafikan masyarakat bugis mempunyai adat dan pantang larang tersendiri yang bagiku sungguh unik. untuk permulaan ini aku ingin kongsikan serba sedikit mengenai pakaian bugis yang aku pakai semasa majlis perkahwinan jiranku 11.11.2011 yang lalu..ok jum layan gambar..:)
bersama pengantin..
gadis-gadis bugis memakai baju adat..:)
bersama anak pengantin (pengapit pengantin)
baju bodo' adalah baju adat bugis-makasar yang dikenakan oleh perempuan bersama lipa' sabbe iaitu kain sarung sutera yang bercorak kotak.
konon dahulu kala, ada peraturan mengenai pemakaian baju bodo'. masing-masing warna dipakai mengikut peringkat usia perempuan yang mengenakannya..cth:
1. warna jingga - dipakai oleh perempuan berusia 10 tahun.
2. warna jingga dan merah darah - dipakai oleh perempuan berusia 10-14 tahun
3. warna merah darah - perempuan berusia 17-25 tahun
4. warna putih - untuk para inang dan dukun
5. warna hijau - untuk puteri bangsawan
6. warna unggu - untuk para janda.
selain peraturan pemakaian baju bodo', dahulu perempuan bugis-makasar sering mengenakan baju bodo' sebagai pakaian pesta misalnya pada pesta pernikahan.
sumber: www.rappang.com
bertuah rasanya dapat pakai baju adat ni. baju yang makin di lupakan pada zaman moden sekarang..;)
No comments:
Post a Comment