Saturday, April 30, 2011

perkara yang menyebabkan pompuan benci lelaki.. ahaks~





1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!




p/s:. artikel di copy n paste dr fesbuk seja.. aku takleh nak komen lebih2.. aku takdak bf..ahaks.. ini untuk rujukan sepa-sepa yang memerlukan sahaja.. apa komen kamu wahai lelaki-lelaki sekalian?.. ada betol ka.. hahaha




kau pergi dan menghilang




Kau janji takkan pergi..Kau tak menepati..Kamu harus pergi
Ku tak melupakanmu..Selalu di hatiku...Ku merindukanmu
Tapi kau pergi..Aku tak bisa senyum..Aku tak bisa jalan sendiri
Kau tak kembali..Aku ingin candamu..Mengingatmu tak bisa berhenti
Tak berhenti…

Kau pergi dan menghilang..Ku tak bisa menerimanya..Ku hanya inginkan
Bertemu kamu lagi..Selalu di hatiku..Ku merindukanmu
Tapi kau pergi..Kita takkan bertemu..takkan bertemu lagi
Kau tak kembali..Aku ingin dirimu..Dirimu kan selalu dihati
dihati.. dihati




Friday, April 29, 2011

contest mata paling cantik





Harini join contest lagi.. cam menarik jak tajuknya kan.. dan secara kebetulannya kena tag oleh cik nor yang comel itu.. so apa kata kita menjoinkan diri.. syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah ini..

1) Korang mesti ada Blog dan akaun Facebook. 

2) Jadi follower blog Hikayat Si Luncai. supaya senang nak inform apa-apa pasal contest ni. Lepas contest ni habis, nak unfollow pun takpe.

3) Kena LIKE page Sweetpink Lens Shoppe di Facebook yang juga sebagai sponsor rasmi untuk contest ni.

4) Letak banner Contest Mata Paling Cantik kat sidebar blog korang dan link kan ke entri ni

3) Buat simple entri mengenai contest ni. Letak gambar korang. Pastikan gambar korang close up bahagian muka dan mata. Gambar paras pinggang pun boleh janji nampak terang. Tak kesah la gambar pakai contact lens ataupun tanpa contact lens. Korang boleh letak banyak lebih dari satu gambar tapi luncai akan pilih satu je.

4) Tag 3 orang rakan blogger korang.

5) Tinggalkan link entri contest korang dekat bahagian komen entri ni.


aku dah buat semua syarat-syarat tersebut.. ok ini gambar-gambar yang aku pertaruhkan..

tadaaa~


1. wiwit..meriah mak ngah.. euw..:)


2. senyum-senyum sipu malu i tau.. ahaha


3. close up mata satu jak.. hehehe

cukupla tiga gambar aku letak.. kang muntah lak juri nak memilihnya.. haha..

ok nak tag mangsa-mangsa plak.. hehe
3. gugu


Tarikh Tutup : 
22 Mei 2011



Wednesday, April 27, 2011

teruskan dengan senyuman SINIS ku...hahaha~





senyum.. tak perlu kata apa-apa..
senyum.. tak perlu kata apa-apa..
kalau saya senyum.. awak mesti senyum sekali..

ahaha.. ini jak yang aku mampu lakukan untuk beberapa minggu dan hari yang berlalu.. dengan perkara-perkara yang berlaku di sekolah. di rumah dan di sekeliling persekitaran ku.. aku hanya mampu tersenyum... SINIS.. itu sahaja terima kaseh..

ok peace!..aku mo tido dulu.. ada keja penting menanti besok..dadada...



p/s:..takan ada dendam..cuma SENYUMAN..:)



Sunday, April 24, 2011

hari bersamanya






Hari telah terganti, tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat



Akankah ku ulangi merusak harinya
Mohon tuhan untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan untuk menatap matanya
Mohon tuhan untuk kali ini saja



Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa aku lemah dihadapannya
Kau tahu betapa lama aku mendambakannya






p/s:..layan lagu ni sebelum tido.. dengan senang hati semua keja dah settle.. besok boleh turun sekolah dengan senyuman lebar sampai telinga.. yeah!..http://www.emocutez.com


ok selamat malam semua..http://www.emocutez.com


saya nak jadi kawan Vespa Degil..hohoho~


pagi ni aku kena tag oleh el-janna tuk join GA anjuran azizul hakim.. best jugakla.. manatau ada rezki leh dapat hadiah replika vespa tuh..kalu tak bolehlah di masukkan dalam bloglist si azizul ni.. 


ini contoh hadiahnya.. amcm berminat tak?.. meh ramai2 join.. klik jak banner kat atas tuh yer..


tuk azizul:.. teruskan semangat dan perjuangan untuk dunia blog ini.. mantapkan pengisian dalam entry-entry yang di post dan di ketengahkan.. ok.. peace yaw!~..

tarikh tutup:
11.05.2011

ok nak tag:





Saturday, April 23, 2011

saya budak baru belajar part 1




saya budak baru belajar.. tersangatlah baru dalam bidang ini.. tapi aku minat.. aku suka tengok gambar editing yang di hasilkan.. sangat memberikan inspirasi dan membuat semangat aku berkobar-kobar untuk jadi seperti mereka.. dengan itu aku mencuba belajar dan meng'explore' mengenai dunia editing ini.. setakat ni.. ini jak yang aku berjaya buat.. hasil memang buruk dan taklah seperti profesional.. aku memang perlu berusaha lebih lagi kan..hehe.. ok ini antara hasil sentuhan ku.. ahaks..layan~..



26 stand for?...



sunset di suatu petang



tempatku mencari rezeki...


buku pelawat..



bunga-bunga cinta



part of rumah besar kinarut


banyak lagi koleksi gambar-gambar yang aku ada.. cukuplah ini saja untuk entry pengenalan part 1 ini.. selepas ini akan ada susulan kepada gambar-gambar aku di part 2, 3, dan seterusnya.. tunggu ya..:)

p/s:.. sifu-sifu sila komen..masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki kan.. erm..


Thursday, April 21, 2011

kamu..kamu..dan kamu.. oh kamu jugak.. mari LIKE ini!..



oh yea.. ini hari buat julung-julung kalinya aku join contest di fesbuk.. so dengan ini aku memerlukan jasa baik kalian sebagai member aku di blog tuk sama-sama menolong aku tuk LIKE gambar aku ini.. manatau pasni ada rezki aku leh menang kan.. erm.. yang di ujung sana tuh.. meh dekat-dekat sikit.. aku nak ajar ni cara-cara yang korang wajib ikuti.. hehehe

STEP 1:  klik "LIKE" http://www.facebook.com/ufmonline (penganjur contest ni..)

atau cara paling senang.. klik gambar kat bawah ni.. ehehe


ok itu sahaja.. rajin-rajinkan la diri korang pi LIKE ya.. manatau leh menang.. aku belanja korang eskrim ea.. makasih.. sayang semua.. muah!!..
http://www.emocutez.com



Wednesday, April 20, 2011

Belajar untuk berubah atau berubah untuk belajar!






melangkah terus untuk menggapai yang aku inginkan.. mudah-mudahan di restui olehNYA.. masih banyak perubahan yang perlu aku lakukan.. dalam bidang penulisan aku di blog ini jugak.. entry-entry yang merapu akan di delete dengan rela hatinya.. 

ok itu sahaja.. aktiviti malam ni berlari-larian ke belog orang lain.. yeay!..





Tuesday, April 19, 2011

contest: Gambar Desktop Lappy!..




hari ni semangat dan kegilaan aku menjoinkan diri dengan contest kembali lagi.. 
nah kali ni join contest anjuran cik Arcma Baharin..

sepa nak join klik banner kat atas okey..

ok aku persembahkan gambar desktop aku..
jengjengjeng
hoho

http://www.emocutez.com



amcam.. santek kan.. nah amik kau.. penuh dengan folder.. kreatif kan..
sebenarnya gambar asal desktop background aku ialah ini..
http://www.emocutez.com



tapi di sebabkan keja aku banyak sangat dan untuk memudahkan aku mencarinya.. aku tempek semuanya di desktop.. hahahaha

ok nak tag:..

aku tau korang memang minat join contest.. meh2 join.. aku tengah rajin nak tag korang ni.. muahahahaha




Jom Join Give Away Aimi!..



Yeay.. join giveaway lagi.. kali ni kena tag oleh cik gadis manis Cik Nor Adzwaty Rokkafella.. 
syarat-syarat penyertaan bolehlah klik banner di atas..
antara hadiah-hadiah menarik menanti pemenang adalah..
jengjengjeng....


pertama --> top up rm30

kedua & ketiga --> masih mencari idea ,
or korg nak top up jugak ? ^^

keempat --> selendang , ( kalo dpt dekat laki , sila sila bg dekat mak , makcik or kakak or adik korg ke )..

kelima & keenam --> percuma header & masuk dalam bloglist saya okay ? ^^

ketujuh & kelapan --> blog review beserta komen dr saya :)


kesembilan & kesepuluh --> top up rm3 :p

update :: yang tak berjaya mndapat tempat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 & 10 , jangan risau , nanti saya jadi follower korg eaa , & komen banyak banyak okay ? tanda penghargaan sebab join ^^

 Tarikh Tutup:
30 April 2011

nak tag:


Ok done!..



Monday, April 18, 2011

RUBY DRESS GIVEAWAY!



Dalam kesibukan aku menyiapkan montaj.. sempat gak aku pi jenguk-jenguk blog dan meronda ke blog rakan-rakan.. pastu aku berkenan mo join giveaway anjuran cik Ruby ni.. tertarik dengan dress biru itu..so aku terus semangat waja untuk menaip entry baru.. ahaks..





santek kan dress tuh (sebelah kanan)..aku mau...mau... huhu

ok nak tag

konpem dia pun eksited sama.. jum2 join.. hehehe..:)
sepa nak join leh klik link ni..




Friday, April 15, 2011

aku sudah bertunang!






Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. 

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. 

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." 

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.."


cukuplah kematian itu mengingatkan kita



sumber:. I LOVE ISLAM

Monday, April 11, 2011

facebook ku problem!..





pa bendanya ni.. uwaa.. dari tadi aku try nak login kuar benda ni jak..aku dah tak boleh nak bukak fesbuk lagi.. kejam sungguh mr.fb..apa kesalahanku.. huhuhu..baru jak arini aku tak online da kuar benda gni.. tak akan ada lagi la elnino de moona dalam dunia fesbuk kalu gni.. sadis!!!!..



p/s:.. sambung wat editing la.. sedih..huhu



Sunday, April 10, 2011

sepetang bersama mereka!



kepala aku masih pening.. aku masih takdak mood untuk memulakan langkah membuat montaj.. alahai mood.. mana ko menghilang.. idea.. mana ko bersembunyi.. time aku perlukan ko.. kenapalah kau pergi begitu sahaja.. heran!.. ahaks..ok itu kita abaikan.. rasanya aku masih ada masa untuk membuat semua itu.. ya .. aku mampu untuk melakukannya.. aku ba ni.. hahaha (terus ayat poyo keluar)!..

entry kali ini..aku malas nak mengarang ayat.. aku nak letak gambar jak...gambar petang tadi aku ronda-ronda pekan ngan madu-madu aku sekalian.. lama tak jumpa mereka ini.. biasala masing-masing busy kan.. hehe... 

bertiga lebik baik... 


comel kan kami.. hoho


aku paling muda dan aku paling tinggi.. hahaha


madu pertamaku.. ngeee..:)



madu keduaku.. haha


mereka..:)



sebenarnya kami pi jalan-jalan cari makan kejap.. tak dapat nak makan mee bandung pun tak apalah.. layan jak pi makan sate dan air kelapa di pekan.. daripada takda yang di makan kan.. pekan ni payah skit mo cari makanan yang aku duk idam-idamkan.. huhu.. ceh!.. ayat budget cam orang mengidam jak.. macam-macam jakla ko ni moon.. ahaha~


aku ngidam mo makan benda ni.. huhu


p/s:.. kepala masih pening-pening.. baik tidur awal untuk kecergasan keesokan harinya.. ahaks