Wednesday, May 11, 2011

smiley sudah DEWASA!.



tahukah anda.. siapa yang mencipta dan menggunakan emotikon smiley ini?.. 

"dikatakan bahawa individu pertama yang menggunakan emotikon :-) dan :-( adalah Scoot Fahlman Pensyarah Penyelidik di Carnegie Mellon University. Beliau mencadangkan :-) dan :-( digunakan untuk menandakan ekspresi terhadap perbualan atau jenaka yang dikongsikan dikalangan staff, pelajar serta ahli fakulti pada papan utama mereka. Apa yang diusulkannya pada 19 September 1982 itu telah tersebar dengan meluas dalam masa beberapa bulan dikalangan pengguna makmal penyelidikan dan universiti, serta selepas itu ke seluruh dunia. siapa sangka Smiley kini telah berusia 29 tahun".. 

wah.. tak sangka bukan.. smiley lebih tua dari aku.. september nanti jum ucapkan hepy bufday kepada smiley... ngeeee~..

emotikon yang sentiasa menceriakan hariku.. wink-wink..:)

sumber:..majalah PC





No comments: