Tuesday, January 07, 2014

trip hongkong - macau part 1

assalamualaikum..

harini 07.01.2014. sebulan yang lalu aku melancong ke hong kong.. hahaha amik sebulan pas melancong baru cerita pengalaman di sini..hehe impian melancong ke luar negara ni sebenarnya dah lama. memang impian kami bertiga aku, bad dan mai sejak dari zaman study di poli kuching dulu. impian kiranya kitaorang dah abes belajar, ada keja masing-masing pastu baru holiday bersama-sama. lama jugaklah masa di ambil baru impian kami ni menjadi nyata..hehe 

Lokasi pilihan utama Melbourne, Australia. besalah kan dah namanya nak melancong alang-alang pigi negara orang putih terus. tetapi di sebabkan ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, kami cancel pi Melbourne, sedih.. :( kemudian tukar lokasi ke Korea plak.. bincang punya bincang tak jadi pi Korea dan lokasi terakhir yang kami pilih ialah HONG KONG. ok deal.. semua setuju untuk ke HONG KONG. takde hal asal pi melancong la katakan, lagipun trip ni lama lagi penghujung tahun 2013, masa kami bincang tu awal tahun 2013.

Lepas persetujuan dan settle bab tiket kapal, aku memang takda research langsung pun apa yang menariknya di HK tuh. Lagipun kami bertiga masing-masing busy dengan keja masing-masing. Tapi dah nak dekat dengan tarikh pi holiday tu barulah datang semangat untuk research dan servay tempat-tempat yang menarik di HK. Dan oh ya.. trip kami ni pergi ke MACAU sekali. sebabnya kawan aku bad ni peminat Running Man, jadi dia excited nak pi melawat tempat-tempat dalam episod running man tu. kami pun layankan ja, sekali gerak kan, okla tu. walaupun kira first time kami bercuti bersama pi obesi, kami memilih percutian backpacker sebab lebih mencabar gitu..berani tuh dalah first time travelling.. haha kita redah jer kan.. :) dan untuk rujukan, kami baca la blog-blog travel yang banyak memberikan info untuk pelancongan kami nanti antaranya blog akak ni Jari Manis best plak baca blognya sebab memang banyak tempat-tempat dia dah pigi.. jeles eh.. aku plak baru nak pigi luar negara ni petama kali..hihi dan satu lagi blog akak The Kasihs baca percutiannya dengan anak-anak di Hong Kong Disneyland. teruja aku mo pigi sana trus..best.best.best.. hahaha tak sabarnya.. :)


kami booking hotel di website www.booking.com. Di Macau kami stay di Ole London Hotel manakala di Hong Kong plak kami stay di Royal View Hotel. masa search hotel tu kami pilih harga yang paling murah dan dekat dengan lokasi yang kami mo pigi masa di sana nanti. Dan di sebabkan kami belum ada pengalaman dengan keadaan hotel di sana, kami bersepakat menempah hotel di website booking.com walaupun harganya mahal la berbanding hotel yang blog-blog travelling cadangkan (sebenarnya kami belum rujuk lagi blog-blog tersebut semasa menempah hotel..hihihi)


Selepas settle urusan hotel, kami pokuskan bahagian persiapan barang-barang untuk kesana. sebulan lebih jer lagi masanya untuk kami berempat berangkat ke Hong Kong. Perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk pergi melancong ke sesebuah negara tu adalah mengenai iklim semasa berkunjung di sana. yelah kan mau jugak merasa iklim yang berbeza berbanding di Malaysia ni. kami pigi ujung tahun maksudnya cuaca di sana di Macau dalam 20'c siang dan 16'c malam..manakala di Hong Kong plak lebih kurang cuaca di Macau 21'c siang dan 16'c malam. Jadi kami plan memang sedia bawa baju tebal untuk perubahan cuaca di sana nanti. 


Antara tempat-tempat yang kami sempat pergi adalah:

MACAU
- St. Paul Ruins
- Macau Tower
- The Venetian
- fisherman wharf 

HONG KONG
- Hong Kong Disneyland
- Avenue of star

sebenarnya banyak tempat lagi yang kami rancang nak pergi tapi di sebabkan 'masalah-masalah' teknikal yang tak dapat di elakkan, jadi sikit sajalah tempat yang sempat kami lawati. nak tahu apa masalah itu?.. nanti saya sambung di part yang kedua yer.. mo edit gambar dulu. hehe.. see ya. :)



ini gambar kami dalam train di airport Hong Kong.. nak pigi amik bagasi.. hehe.
dari kiri: Lan, Mai, Bad dan Aku.. 






with love..

2 comments:

Nor Adzwaty Rokkafella said...

wow amik bagasi pn naik tren?hebat!

elnino moona said...

Iya nor..jakun skjp aku d sna.. Besarnya airportnya tu.. Hehehe