Sunday, January 01, 2012

entry di tahun baru 2012~..

assalamualaikum!...

selamat tahun baru semua..: ).. terharu kan rasa..sedar nda sedar kita melangkah ke tahun baru lagi..2012.. selamat tinggal 2011 yang pasti banyak memberikan kenangan pahit dan manis dalam kehidupan seharian kita...hehehe..apa azam korang tuk tahun ni?.. mesti banyak yang dah berkira-kira nak berazam apa kan..aku pun sama jugak.. dan semoga apa yang kita azam dan impikan akan menjadi kenyataan..insyaAllah..:)



kegembiraan tahun baru ini di sambut dengan kekalahan Manchester united di tangan blackburn rovers.. ahaks..  sungguh mengujakan di malam tahun baru..aku suka!..begitu jugak celsi yang kalah di tangan aston villa...hakhakhak~..kegembiraan berganda.. (*motif?...) ^_^

sambil melayan the school of rock di tv3 bertemankan lagu christina perri yang aku mainkan berulang-ulang di utube...aku rasa ingin mengarang entry baru sempena tahun baru jugak..ohya..aku rasanya sudah kurang untuk berbicara di dunia maya aku yang satu ini..aku lebih banyak berlaman sosial di fesbuk..tempatku berhuha-huha..sampai di lupakan cerita-cerita yang aku simpan sepanjang penghujung tahun 2011.. terlambat sudah mo di post.. huhu.. kesibukan aku berulang alik ke hospital kadang kala membataskan keaktifan otakku untuk berpikir dan menaip di blog ini...kesian kau blog di tinggalkan begitu sahaja.. oh cukup mukadimah yang berperenggan2 itu...

(gambar takdak motif sebenarnya)..
*ngegeh jak mo masukkan gambar sendiri..

sambutan tahun baru?.. aku ni jarang sangat nak kuar pi sambut tahun baru..sambutan tahun 2010 aku cuma sambut di rumah.. seperti yang aku catatkan di entry INI.. tahun 2011 plak aku keluar jalan-jalan ngan bapak dan sempat la mengambil sedikit sebanyak gambar kemeriahan yang aku pernah aku kongsikan di entry INI. tahun ini..erm.. memandangkan bapak masih di wad.. jadi kurangla aura untuk pergi menyaksikan firework lagi..aku cuma dapat singgah sekejap selepas melawat bapak di hospital.. takdaklah menarik sangat..pas makan.. jalan-jalan kejap then balik rumah tengok tibi..malam ni giliran mama lg yang berjaga malam di sana..huhu~..doakan bapak cepat sembuh dan dapat balik rumah.:)


itu sahaja cerita di tahun baru saya...ngeh-ngeh..
penggunaan ayat aku dah kurang menarik rasanya..hurm..



much love,