Wednesday, March 28, 2012

menyingkap kenangan itu kadang mengasyikkan bukan?...

ya..jawapannya ya..tak kiralah kenangan itu manis, pahit, tawar atau sebaliknya, tapi oleh sebab namanya 'kenangan' semuanya jadi manis-manis belaka. walaupun kenangan kau terberak di seluar dalam kelas atau kenangan kau di rotan pengetua depan perhimpunan sekolah..itu semua akan menjadi lucu jika diimbas semula dan kau akan terasa ingin kembali ke masa lalu kan?... oh bestnya ada kenangan, siapa yang takda kenangan memang sangat rugi besar..;p

dalam aku mengemas bilik yang berselerakan ini, aku jumpa balik benda-benda yang mengingatkan aku kepada kenangan-kenangan zaman dulu yang sangat best aku rasa. 



aku dapat patung ni dari amin, budak kelas aku di poliku dulu. geng keras aku, musuh aku, kawan aku wat assigment, kawan aku pigi kelas, kawan aku gaduh-gaduh dan sebagainya. dia bagi patung ni sekali ngan name tag nya time jadi sekrateriat JPP dulu. pelik aku camnala budak ni leh jadi ahli jawatankuasa JPP. ish! lantak kau la amin..;p last exam amin bagi aku newspaper ni jugak suruh simpan sebab team bola dia menang dan mukanya ada masuk dalam 'news' ni..hahaha budget glemer la tu kan kau amin..hahaha..;p oh lihat benda ni buat aku teringat zaman poliku..:)



ini lagi satu, aku memang suka kumpul benda yang pelik-pelik. ini salah satu buktinya..hahaha boleh aku wat keja gila pi minta sign semua budak-budak kelas tuk sign di kertas ni..konon-konon tuk kenangan la ni kan sebab lepas SPM entah jumpa ka tidak lagi.  yang bestnya semua budak-budak kelasku ni sain..takda yang terkecuali..haha aku pun nda ingat suda samada dorang dengan rela hati sain benda alah ni atau aku main cara kasar paksa-paksa dorang.. yela kan aku ni kejam gak dulu..ahaks..;p baca balik kata-kata dorang ni lucu plak rasanya semuanya mendoakan yang terbaik untuk SPM.. biasalah kata-kata standard budak tingkatan 5 masa itu..hihihi..

ok meh zoom jap signature aku dulu-dulu...


kata-kata di tepi tu yang penting..oleh kerana dah tak clear sangat.. nih aku tulis balik..


jumpa di jerman 2006 Micheal Owen (ENGLAND)
Good Luck SPM 2002
remember me 'ROSWELL'


hahahaha lucunya ayat-ayat aku.. dan sememangnya aku gila bola dari dulu..ngam tahun tu world cup..apa lagi berabis la aku dengan bola..haha..;p

banyak lagi kenangan yang terimbas malam ni.. cuma aku malas nak amik gambar banyak-banyak..cukuplah dua yang sangat memberi kesan di jiwa..:) kenangan yang mampu membuatkan aku tersenyum setiap kali memandangnya.. 



p/s: lama aku nda post apa-apa di blog ni. menaip entry memerlukan masa yang lama untuk aku mengarang ayat-ayat yang mo di gunakan..ayat pun jadi tungang lagang jadinya..haha..;p cukuplah untuk santapan malam ini.. ok masa untuk tidur dan menyambung mengimbas kenangan lalu....ngeh!..:)


3 comments:

Syazny said...

wow.....

Kayda kaydie said...

hai....
hit me back
http://kaydakaydie.blogspot.com/

bro pinochio said...

peminat setia mu