Thursday, August 20, 2009

Syahadat Cinta (2008)



Jenis Film : Drama
Produser : Budhi Sutrisno
Produksi : PT Piramid Citra Perkasa

Pemain : Arif Rahman, Imel Putri Cahyati, Cantika Atmanagara, Mochtar Sum, Adytia Putri, Hengky Kurniawan, Ricky Harun, Minati Atmanagara, Donna Harun
Sutradara : Gunawan Paggaru
Penulis : Taufiqurrahman Al-Azizy (novel), Messiah Fajarwati

Iqbal (Arif Rahman), pemuda metropolis yang tidak pernah sholat dan tak bias mengaji. Namun akhirnya ia mulai meniti jalan yang benar, dimulai saat ia merasa bersalah telah mencelakai ibunya sendiri. Karena penyesalannya, ia memutuskan untuk mondok di pesantren Kyai Siddiq (Muchtar Sum) di Tegal Jadin. Ternyata selama dua bulan Iqbal hanya disuruh mengambil air dari telaga. Saking kesalnya, Iqbal meluapkan amarahnya di telaga. Disanalahi a bertemu dengan Aisyah (Imel Putri Cahyati), putrid Kyiai Subadar (Chairil JM), sekaligus cucu Kyiai Siddiq

Takut dimarahi Kyai dan adanya perseteruan religius yang sangat tajam, Iqbal melarikan diri tanpa tujuan. Hingga ia bertemu Pricilia (Cantika Atmanagara), gadis Kristen yang baik hati. Pricilla membantu iqbal mencari tempat tinggal namun Iqbal memutuskan untuk tinggal di rumah Ibu Jamilah (Donna Harun), seorang pengemis yang hidup bersama kedua anaknya, Fatimah (Salsa) dan Irsyad (Ricky Harun)

Dalam perjalanan mempelajari agama Islam, Iqbal mendapat banyak cobaan. Namun cobaan tersebut tidak membuatnyamundur dari tekadnya untuk menjadi orang yang taat



nak download movie nih...........................huhuhu

Friday, August 07, 2009

Bila cinta berbicara......

Suatu ketika, seorang wanita kelihatan amat sedih. Wajahnya kusut masai. Air mukanya letih menahan tangis. Rupanya, dia baru saja kehilangan anak tercintanya untuk selama- lamanya.

Atas nasihat orang di desa, ia menemui seorang tua bijak di pinggir hutan. Mereka berkata, siapa tahu orang bijak itu dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Kerana merasa amat cinta kepada anaknya yang telah mati itu, ia amat berharap agar dapat bertemu dengan orang bijak itu. Ditempuhlah perjalanan yang jauh dengan cepatnya.

Sesampainya disana, dia bertanya, "Guru, apakah Anda memiliki ramuan ajaib untuk mengembalikan anakku?"

Sang Guru tidak berusaha untuk berbalah atau menghalau wanita itu kerana permintaannya yang tidak masuk akal.

Dia cuma berkata, "Carilah bunga merah dari rumah yang tidak mengenal "kesedihan". Setelah kamu bertemu bunga itu, kita akan bersama-sama membuat ramuan ajaib untuk menghidupkan kembali puteramu."

Selesai mendengar itu, wanita tersebut segera berangkat mencari kemahuan sang guru.

Dalam perjalanan, dia nampak bingung. Tak ada satu petunjuk pun tentang di mana dan bagaimana bentuk rumah itu. Hinggalah, dia tiba di depan rumah mewah.

"Mungkin, penghuni rumah itu tak pernah mengenal kesedihan,"ucap wanita itu dalam hati.

Setelah mengetuk pintu, dia berkata, "saya mencari rumah yang tidak pernah mengalami kesedihan. Inikah tempatnya ?"

Wajah sang wanita masih memperlihatkan raut bersedih. Dari dalam rumah, terlihat wajah yang tak kalah sedih.

Pemilik rumah itu menjawab, "Kamu datang ke rumah yang salah."

Pemilik rumah itu bercerita tentang tragedi yang dialami keluarganya . Ia tak hanya kehilangan seorang anak, tapi juga suami dan kedua orangtuanya kerana kemalangan. Si wanita berasa amat kecewa.

Namun, dia menjadi terharu dengan cerita tuan rumah. Ia berfikir, "Siapa yang boleh membantu orang yang nasibnya lebih malang dari saya ini?"

Dia memutuskan untuk tinggal di sana dan menghiburkan pemilik rumah itu. Beberapa hari lamanya, dia bersama wanita pemilik rumah itu, saling bantu-membantu untuk menjalani hidup.

Beberapa minggu berlalu, wanita itu pun berasa si tuan rumah sudah kelihatan lebih baik. Lalu, ia berangkat lagi mencari rumah berikutnya. Tetapi, ke mana pun dia pergi, selalu bertemu kesedihan orang lain. Akhirnya, dia berasa bertanggungjawab untuk menghiburkan semua orang yang dikunjunginya. Hingga akhirnya, dia pun melupakan misinya.
Note :
Kita belajar makna cinta dari seorang ibu yang menyusui anaknya dalam dukungan. Kedua belah tangannya sibuk membetulkan selimut si bayi. Dalam dadanya tiada sesuatu selain ketulusan memberi atas nama cinta.

Kita belajar makna cinta dari seorang ayah yang membawa pulang sekarung padi dan sejag air setelah seharian berpenat-lelah di sawah. Dalam dadanya, tiada sesuatu selain kegembiraan memberi atas nama cinta.

Kerana cinta bukan hanya sekadar pelukan hangat, belaian lembut, atau kata-kata penuh romantis. Kita belajar apa itu cinta dari apa pun yang ada di muka bumi. Dari cahaya matahari, dari sepasang merpati, dari sujud dan tengadah doa. Dari apapun!

Pada semua kelahiran yang bersambut dengan cinta, hingga kematian dalam cinta, kita dalam hidup ini, tiada lain selain mewujudkan cinta.

Kerana itu, tiada yang boleh kita lakukan selain atas nama cinta kita yang teragung: cinta buat Yang Maha Agung, Allah SWT.

Apapun keputusan-NYA buat kita, Allah yang berbicara, yang menentukan untung-nasib kita, kerana setiap sesuatu yang menyedihkan itu ada hikmah-Nya.

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Cinta atau Persahabatan ?

Boleh ke you all bayangkan Persahabatan tanpa Cinta ?


Tanpa Cinta,siapa lah kita.
wujud kah cinta dalam persahabatn..
masih adakah cinta sejati.
Cinta atau Persahabatan ?
Boleh ke you all bayangkan Persahabatan tanpa Cinta ?

Batas antara cinta dan persahabatan ni sangatlah kecil.Perbezaan nya juga sangat sikit.Ye la,persahabatan terjalin dari dasar suka dan senang dengan tingkah laku kawan you all.Dan Cinta juga datang dari perasaan suka yang terjalin dari hubungan persahabatan you all.Cinta mula nya dari persahabatan tetapi persahabatan juga boleh berakhir kerana cinta.*
Mampukah persahabatan tanpa cinta ?
Putus kawan teruslah kalau persahabatan you all kalau tak ada cinta.
betol kan..
atau sayang?
pegertiannya berbeza..
sayang sebagai seorang kawan.
sayang dan cinta makna yang berbeza,
,
Mampukah cinta tanpa persahabatan ?
Takkan ada manis nya kalau tiada persahabatan dalam cinta.

Banyak kali orang cuba nak memisahkan antara persahabatan dan cinta.Sebab orang kata kalau hubungan persahabatan disulami dengan perasaan cinta mesti akan jadi sangat sukar dan akan menjejaskan hubungan persahabatan.Lagi lagi bila lelaki berkawan dengan perempuan.Tapi kena ingat yang kalau tak ada cinta mewarnai persahabatan you all,pasti perasaan marah,kecewa,sedih dan banyak banyak perkara lagi yang akan membuatkan tali persahabatan you all nampak suram.

Cinta sangat disanjung tinggi oleh semua makhluk Allah di muka bumi.Begitu juga dengan persahabatan.Cinta bukan lah penghancur kepada persahabatan you all.Tetapi,kerana Cinta juga lah hubungan persahabatan you all menjadi semakin indah berseri seri.

Jangan akhiri persahabatan hanya kerana dia tidak seperti yang you all harapkan. selalu menyusahkan you all. tidak dapat membahgiakan youall atau tidak dapat buat you all gelak tiap masa. jangan memilih untuk berkawan.jelas bahawa kawan adalah segalanya selepas keluarga..Tiada yang sempurna dlam hidup kita. Terima kekurangan yang ada pada kawan-kawan anda kerana itulah persabatan.Jangan kawan hanya bila ketawa, suka, dan senang. bila sahabt youall bermasalah, sakit, dalam kesusahan youall abaikan.ini lah dikatakan rasa sayang dan cinta dalam satu perhubungan.Buat rakan-rakan aku yang sedang menjalinkan tali persahabatan.Penuhilah persahabatan you all dengan perasaan bibit bibit cinta.Berikanlah sepenuh jiwa dan raga cinta kepada teman yang you all kasihi dan cintai.cintai sebagai kawan bukan cinta sebagai pasangan .jangan salah ertikan dan terkeliru,Bagi yang tak pernah rasa apa itu erti persahabatan,cuba lah memulai satu mulakan sebuah hubungan persahabatan.Dari situ,you all akan jadi lebih matang,lebih dewasa,tidak ego dan akan lebih belajar selok belok kehidupan.. moga kalian bahgia..dan mengerti apa itu persahabatn dan menghargai sesuatu perhubungan..
sabahat youall memerlukan youall..