Sunday, November 22, 2009

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN
SEMUA...HIDUP

SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM
KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.
Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang
tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk
menutup
malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar
nikah", cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan
kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam
zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada
seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok

tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang
gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu
tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu
bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan
2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah
pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang
lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun

lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang
dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah,
apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 :
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak
mengandung, barulah mereka
boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan
itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 :
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa
anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum
mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu
bermakna dia bukan
mahram kepada anak
perempuannya sendiri?

Jawapan 7 :
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki
Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah
setelah
bersekedudukan, apakah tindakan
yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal
berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali
sebelum mereka
boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam
keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau

lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu,
kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka
harus diberi
peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka,
kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu

adalah anak-anak yang tidak sah
taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2
kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan

tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan
atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak

terlepas daripada menanggung azab
Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini
merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul
Dan
bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya
perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku
Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara
Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI
AL HAFIZ.

(Renung renungkan………………)

Wallahu……….

No comments: