Thursday, March 06, 2014

act like i'm fool..


suatu keadaan di mana aku bukan menjadi diriku yang sebenar.. bukan hipokrit atau ingin menjadi orang lain.. tetapi berada di persekitaran itu membuatkan diriku kaku.. otakku tak dapat berpikir secara waras untuk menenangkan perasaan nervous dan kecamuk di jiwa.. serius aku rasa seperti orang bodoh.. rasa ingin keluar dari tempat itu dengan serta merta... erm.. sungguh tak di sangka berkesudahan akan jadi camtu... pelik bukan!..huh....

berlagak slumber tetapi pikiran melayang.. perasaan bersalah menyelubungi diri.. arap-arap lepas ni semuanya baik-baik saja.. apapun yang terjadi redah jakla... adakah aku terlebih atau terlalu memikirkan hal tersebut?...



p/s: entry yang lama bekurun dalam draf. tahun 2011.




Monday, January 13, 2014

Quick update..

Belum sempat sambung entry pasal trip to hk-macau.. Beberapa hari sibuk buat benda ni aa.. Nak tolong kawan yang nak nikah 26hb ni.. Hehe.. Apa2hal nnt aku update lg ya.. See ya.. :)


Amcam..santek tak bunga telur aku bua ni..hehehe comel kan, comel kan.. ^_^v

Tuesday, January 07, 2014

trip hongkong - macau part 1

assalamualaikum..

harini 07.01.2014. sebulan yang lalu aku melancong ke hong kong.. hahaha amik sebulan pas melancong baru cerita pengalaman di sini..hehe impian melancong ke luar negara ni sebenarnya dah lama. memang impian kami bertiga aku, bad dan mai sejak dari zaman study di poli kuching dulu. impian kiranya kitaorang dah abes belajar, ada keja masing-masing pastu baru holiday bersama-sama. lama jugaklah masa di ambil baru impian kami ni menjadi nyata..hehe 

Lokasi pilihan utama Melbourne, Australia. besalah kan dah namanya nak melancong alang-alang pigi negara orang putih terus. tetapi di sebabkan ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, kami cancel pi Melbourne, sedih.. :( kemudian tukar lokasi ke Korea plak.. bincang punya bincang tak jadi pi Korea dan lokasi terakhir yang kami pilih ialah HONG KONG. ok deal.. semua setuju untuk ke HONG KONG. takde hal asal pi melancong la katakan, lagipun trip ni lama lagi penghujung tahun 2013, masa kami bincang tu awal tahun 2013.

Lepas persetujuan dan settle bab tiket kapal, aku memang takda research langsung pun apa yang menariknya di HK tuh. Lagipun kami bertiga masing-masing busy dengan keja masing-masing. Tapi dah nak dekat dengan tarikh pi holiday tu barulah datang semangat untuk research dan servay tempat-tempat yang menarik di HK. Dan oh ya.. trip kami ni pergi ke MACAU sekali. sebabnya kawan aku bad ni peminat Running Man, jadi dia excited nak pi melawat tempat-tempat dalam episod running man tu. kami pun layankan ja, sekali gerak kan, okla tu. walaupun kira first time kami bercuti bersama pi obesi, kami memilih percutian backpacker sebab lebih mencabar gitu..berani tuh dalah first time travelling.. haha kita redah jer kan.. :) dan untuk rujukan, kami baca la blog-blog travel yang banyak memberikan info untuk pelancongan kami nanti antaranya blog akak ni Jari Manis best plak baca blognya sebab memang banyak tempat-tempat dia dah pigi.. jeles eh.. aku plak baru nak pigi luar negara ni petama kali..hihi dan satu lagi blog akak The Kasihs baca percutiannya dengan anak-anak di Hong Kong Disneyland. teruja aku mo pigi sana trus..best.best.best.. hahaha tak sabarnya.. :)


kami booking hotel di website www.booking.com. Di Macau kami stay di Ole London Hotel manakala di Hong Kong plak kami stay di Royal View Hotel. masa search hotel tu kami pilih harga yang paling murah dan dekat dengan lokasi yang kami mo pigi masa di sana nanti. Dan di sebabkan kami belum ada pengalaman dengan keadaan hotel di sana, kami bersepakat menempah hotel di website booking.com walaupun harganya mahal la berbanding hotel yang blog-blog travelling cadangkan (sebenarnya kami belum rujuk lagi blog-blog tersebut semasa menempah hotel..hihihi)


Selepas settle urusan hotel, kami pokuskan bahagian persiapan barang-barang untuk kesana. sebulan lebih jer lagi masanya untuk kami berempat berangkat ke Hong Kong. Perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk pergi melancong ke sesebuah negara tu adalah mengenai iklim semasa berkunjung di sana. yelah kan mau jugak merasa iklim yang berbeza berbanding di Malaysia ni. kami pigi ujung tahun maksudnya cuaca di sana di Macau dalam 20'c siang dan 16'c malam..manakala di Hong Kong plak lebih kurang cuaca di Macau 21'c siang dan 16'c malam. Jadi kami plan memang sedia bawa baju tebal untuk perubahan cuaca di sana nanti. 


Antara tempat-tempat yang kami sempat pergi adalah:

MACAU
- St. Paul Ruins
- Macau Tower
- The Venetian
- fisherman wharf 

HONG KONG
- Hong Kong Disneyland
- Avenue of star

sebenarnya banyak tempat lagi yang kami rancang nak pergi tapi di sebabkan 'masalah-masalah' teknikal yang tak dapat di elakkan, jadi sikit sajalah tempat yang sempat kami lawati. nak tahu apa masalah itu?.. nanti saya sambung di part yang kedua yer.. mo edit gambar dulu. hehe.. see ya. :)



ini gambar kami dalam train di airport Hong Kong.. nak pigi amik bagasi.. hehe.
dari kiri: Lan, Mai, Bad dan Aku.. 






with love..

Friday, January 03, 2014

Impian.. Akhirnya menjadi nyata.. :)


alhamdulillah setelah sekian lama di rancangkan, dengan perbagai halangan yang ada.. tukar lokasi sana sini.. Akhirnya keputusan akhir kami 4 sekawan pergi holiday di sini.. Hongkong..yeay.. Trip hongkong-macau yang pertama yang banyak memberikan kenangan termanis sepanjang tahun 2013.. Hehe nanti aku update cerita percutian aku di sana ok.. Selama lebih kurang 5h4m..

Thursday, January 02, 2014

Move on..

Di sebabkan takdak lagi ruang privasi untukku di dunia fb.. eloknya sekiranya gua kembali ke dunia blog yang penuh misteri ini..haha misteri gitu.. bolehlah kembali aku melalut, merapu dan meluahkan perasaan tanpa sempadan dan paling penting tanpa ada mata2 pemerhati yang menilai setiap tindak tanduk yang aku lakukan..

Banyak cerita mo kongsi ni.. Yelah mo dekat setahun tu aku nda aktif di dunia blog.. Takpa selow-selow kita aktifkan diri balik.. Mengarang crta yang adakala best, tak best masam manis dari sudut pandangan mataku.

Tahun baru, azam baru.. Oh azam tetap sama.. Bukan azam namanya tapi impian..impian..oh impian.. 😄😄😅

Ini muka tahun baru.. Wah gtu.. Mo jugak kan post gambar permulaan keja di tahun baru #02012014 padahal ari2 biasa sama jak pun..kihkihkih 😁😁


Okla itu sahaja untuk hari ini.. Okbai..😍

P/s: dan sebenarnya aku post new entry ni pun sbb mo try app baru ni.. Haha #villagepeople la katakan.. Benda baru semua nak excited..😂😂

Friday, December 20, 2013

Kembali...


Aku kembali setelah lama menyepi..
Menyepi bukan menghilang.. Aku masi di sini untuk menjadi pemerhati..
Pemerhati yang dalam diam menilai dan menterjemahkan sesuatu keadaan yang kadang kala menyemakkan otak..

Bingung..
Aku bingung dalam setiap yang berlaku..mungkin ianya tidak semudah yang kita harapkan..
Tetapi dalam mengharapkan sesuatu itu kembali sedia kala..aku temukan satu kekuatan baru dalam pencarian..
Mungkin bukan sekarang arini atau esok.. Tapi untuk masa depan mungkin akan ada sesuatu yang mampu memberikan satu cahaya sinar yang menerangi malam yang suram.. Mungkin?!...









Tuesday, July 17, 2012

perginya si busyuk tanpa kata...




masi terkedu saat menaip entry ini saat mengetahui si busyuk suda mati..:'( sejak 3 hari yang lalu si busyuk ilang dan arini baru terjumpa si busyuk yang sudah terbujur kaku di bawah tangga rumah. sedih aku mengenangkan nasib si busyuk yang berkesudahan gitu. aku rasa bersalah sebab gagal menjadi penjaga yang baik buat si busyuk. aku nda sempat melihat wajah-wajah terakhirnya, aku nda sempat memberi si busyuk makan seperti kebiasaanku setiap kali pulang dari keja.. tiada lagi suara ayu si busyuk..teda lagi renungan mata si busyuk yang menyedihkan itu.. teda lagi.. semuanya teda suda............


semoga aman di sana busyuk..
maafkan kesilapanku sepanjang menjagamu..:'(




Friday, April 13, 2012

Manusia Bugis

Manusia Bugis dilahirkan begitu
Roh perwira tinggalan moyang
Tidak mungkin digalang ganti
Biar beribu tahun beredar

Manusia ini dijadikan begitu
Agama dijunjung, adat dikendong
Bersatu sebati menjadi darah
Menjadi nadi hingga ke tanah

Manusia Bugis begitu sifatnya
Kental juang rajin usaha
Mawatang makkareso tak kira di mana
Keras hati bersemangat waja
Tinggi peribadi baik pekertinya
Besar ego mulia hatinya
Panjang akal luas langkahnya

Manusia Bugis istimewanya begitu
Dicabar jangan
Dihina pun jangan
Ulu pedang jadi taruhan

Rela mati pertahan maruah
Siri' dijaga pesse dipelihara
Derita saudara ditanggung sama
Pada idi pada elo
Sippatottong Sippatuo
Menjadi pegangan setiap perjalanan

Keringat yang mengalir dari tubuhnya
Umpama air sakti tinggalan pendeta
Penerus kehidupan zaman berzaman
Tenaga yang dikerah dari jernih perihnya
Umpama titisan embun suci
Menjadi azimat penerus warisan



Puisi Gubahan: Prof Madya Dr. Asmiaty Binti Amat


Wednesday, March 28, 2012

menyingkap kenangan itu kadang mengasyikkan bukan?...

ya..jawapannya ya..tak kiralah kenangan itu manis, pahit, tawar atau sebaliknya, tapi oleh sebab namanya 'kenangan' semuanya jadi manis-manis belaka. walaupun kenangan kau terberak di seluar dalam kelas atau kenangan kau di rotan pengetua depan perhimpunan sekolah..itu semua akan menjadi lucu jika diimbas semula dan kau akan terasa ingin kembali ke masa lalu kan?... oh bestnya ada kenangan, siapa yang takda kenangan memang sangat rugi besar..;p

dalam aku mengemas bilik yang berselerakan ini, aku jumpa balik benda-benda yang mengingatkan aku kepada kenangan-kenangan zaman dulu yang sangat best aku rasa. 



aku dapat patung ni dari amin, budak kelas aku di poliku dulu. geng keras aku, musuh aku, kawan aku wat assigment, kawan aku pigi kelas, kawan aku gaduh-gaduh dan sebagainya. dia bagi patung ni sekali ngan name tag nya time jadi sekrateriat JPP dulu. pelik aku camnala budak ni leh jadi ahli jawatankuasa JPP. ish! lantak kau la amin..;p last exam amin bagi aku newspaper ni jugak suruh simpan sebab team bola dia menang dan mukanya ada masuk dalam 'news' ni..hahaha budget glemer la tu kan kau amin..hahaha..;p oh lihat benda ni buat aku teringat zaman poliku..:)



ini lagi satu, aku memang suka kumpul benda yang pelik-pelik. ini salah satu buktinya..hahaha boleh aku wat keja gila pi minta sign semua budak-budak kelas tuk sign di kertas ni..konon-konon tuk kenangan la ni kan sebab lepas SPM entah jumpa ka tidak lagi.  yang bestnya semua budak-budak kelasku ni sain..takda yang terkecuali..haha aku pun nda ingat suda samada dorang dengan rela hati sain benda alah ni atau aku main cara kasar paksa-paksa dorang.. yela kan aku ni kejam gak dulu..ahaks..;p baca balik kata-kata dorang ni lucu plak rasanya semuanya mendoakan yang terbaik untuk SPM.. biasalah kata-kata standard budak tingkatan 5 masa itu..hihihi..

ok meh zoom jap signature aku dulu-dulu...


kata-kata di tepi tu yang penting..oleh kerana dah tak clear sangat.. nih aku tulis balik..


jumpa di jerman 2006 Micheal Owen (ENGLAND)
Good Luck SPM 2002
remember me 'ROSWELL'


hahahaha lucunya ayat-ayat aku.. dan sememangnya aku gila bola dari dulu..ngam tahun tu world cup..apa lagi berabis la aku dengan bola..haha..;p

banyak lagi kenangan yang terimbas malam ni.. cuma aku malas nak amik gambar banyak-banyak..cukuplah dua yang sangat memberi kesan di jiwa..:) kenangan yang mampu membuatkan aku tersenyum setiap kali memandangnya.. 



p/s: lama aku nda post apa-apa di blog ni. menaip entry memerlukan masa yang lama untuk aku mengarang ayat-ayat yang mo di gunakan..ayat pun jadi tungang lagang jadinya..haha..;p cukuplah untuk santapan malam ini.. ok masa untuk tidur dan menyambung mengimbas kenangan lalu....ngeh!..:)


Wednesday, February 29, 2012

29 feb!...

ada apa dengan 29 feb...aku pun nda tau..saja mo post sebab tarikh arini santek dan jarang-jarang kita jumpa setiap 4 tahun sekali tuh... lama masanya..hehehehe ^^ ok itu jak..ahaks..


motif letak gambar kasut?..


p/s: takdak idea sebenarnya.. mo tinggalkan da dunia blog ni..tapi masi suka baca blog orang lain..kuikuikui!..




Sunday, January 01, 2012

entry di tahun baru 2012~..

assalamualaikum!...

selamat tahun baru semua..: ).. terharu kan rasa..sedar nda sedar kita melangkah ke tahun baru lagi..2012.. selamat tinggal 2011 yang pasti banyak memberikan kenangan pahit dan manis dalam kehidupan seharian kita...hehehe..apa azam korang tuk tahun ni?.. mesti banyak yang dah berkira-kira nak berazam apa kan..aku pun sama jugak.. dan semoga apa yang kita azam dan impikan akan menjadi kenyataan..insyaAllah..:)



kegembiraan tahun baru ini di sambut dengan kekalahan Manchester united di tangan blackburn rovers.. ahaks..  sungguh mengujakan di malam tahun baru..aku suka!..begitu jugak celsi yang kalah di tangan aston villa...hakhakhak~..kegembiraan berganda.. (*motif?...) ^_^

sambil melayan the school of rock di tv3 bertemankan lagu christina perri yang aku mainkan berulang-ulang di utube...aku rasa ingin mengarang entry baru sempena tahun baru jugak..ohya..aku rasanya sudah kurang untuk berbicara di dunia maya aku yang satu ini..aku lebih banyak berlaman sosial di fesbuk..tempatku berhuha-huha..sampai di lupakan cerita-cerita yang aku simpan sepanjang penghujung tahun 2011.. terlambat sudah mo di post.. huhu.. kesibukan aku berulang alik ke hospital kadang kala membataskan keaktifan otakku untuk berpikir dan menaip di blog ini...kesian kau blog di tinggalkan begitu sahaja.. oh cukup mukadimah yang berperenggan2 itu...

(gambar takdak motif sebenarnya)..
*ngegeh jak mo masukkan gambar sendiri..

sambutan tahun baru?.. aku ni jarang sangat nak kuar pi sambut tahun baru..sambutan tahun 2010 aku cuma sambut di rumah.. seperti yang aku catatkan di entry INI.. tahun 2011 plak aku keluar jalan-jalan ngan bapak dan sempat la mengambil sedikit sebanyak gambar kemeriahan yang aku pernah aku kongsikan di entry INI. tahun ini..erm.. memandangkan bapak masih di wad.. jadi kurangla aura untuk pergi menyaksikan firework lagi..aku cuma dapat singgah sekejap selepas melawat bapak di hospital.. takdaklah menarik sangat..pas makan.. jalan-jalan kejap then balik rumah tengok tibi..malam ni giliran mama lg yang berjaga malam di sana..huhu~..doakan bapak cepat sembuh dan dapat balik rumah.:)


itu sahaja cerita di tahun baru saya...ngeh-ngeh..
penggunaan ayat aku dah kurang menarik rasanya..hurm..



much love,

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #15



mood: HERO..
saya dah beli..anda?..jum cari hero bersama-sama..hehehe...: )




Wednesday, December 14, 2011

sambutan bday di ulangtahun bf pertamaku!..ahaks


haha..takdak tajuk yang lebih panjang ka daripada tajuk diatas...sengaja jak kan..kalu boleh nak taip semuanya panjang-panjang..sepanjang boleh..sebab arini bufday bf pertamaku.. yeay...takpa abaikan jak itu.. meh layan gambar..hehe


hepy bufday to me..again..
oh silap.. belated bufday sebenarnya..


\
post gedik depan kek msti ada.. hakhakhak.

letak dua gambar jakla cukup..kang banyak-banyak cam riak la plak..special thanks to akak2 opis yang blnja kek bufday ini..seperti entry ini taun lepas..hehehe

ok..bf pertama yang aku maksudkan di atas ialah 


.hepy bufday owen.. i love you...muah..:)


p/s: line berukband malam ni nda berapa sporting utk aku mengupload gambar..ish.ish.ish..sampai di sini sejala coretan hari rabu..;p



Sunday, December 11, 2011

selamat pengantin baru hassan & haizun


selamat pengantin baru di ucapkan untuk hassan dan ustazah haizun
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
majlis persandingan sebelah pihak perempuan pada 10 disember 2011 (sabtu).. 
jum kita layan gambar sekitar majlis tersebut..:)

pakaian tradisi adat bajau..
bak kata pengantin lelaki..
bugis kawen bajau anak jadi BUJAU..hehehe..


sweet kan mereka..^_^


bersama keluarga pihak pengantin lelaki..


bersama family sebelah pengantin perempuan.




bersama pengantin.
memandangkan gambar d kamera aku blur..
jadi colik gambar ni d fb pengantin..hakhakhak


kami bertiga datang bersama rombongan pengantin lelaki..
kami-kami yang hampir ketinggalan disebabkan kelewatan waktu.. hahaha.. nasib baik c pesona leh kejar keta-keta pengantin yang laju gila..kalu tak alamatnya sesatla kami ini tanpa arah tujuan.ahaks..
(moral of the story: cewek-cewek jgn telat lg ya!.)


pelamin ini sangat unik,
tanpa segan silu mengabadikan gambar kenangan di pelamin yang serba meriah.. 
trep-trep pengantin pun ada jugak kan..hahaha
ok sila abaikan mukaku yang berminyak itu.. ;p


gambar last ini bilang mamaku, aku da gemok..ahaks!..


ok itu sahaja untuk santapan dari papar.
kita tunggu gambar untuk majlis di sipitang pulak ya..
17 dis ini..:)


p/s: best kan tengok orang kawen.. turn aku bila plak agaknya?..erm...


Day 30- Who are you?



aku elnino de moona...paling senang di panggil moon..
ingin kenal lebih lanjut... add jak d fesbuk 
(ahaks.. promote seh!..)
that it.. tanak show lebih-lebih..kang cam bangga diri plak...-_-!


yeepiii.. akhirnya siap jugak cabaran aku ni..muahahahahaha!..

ada sebab mengapa aku buat cabaran ini cepat-cepat..sebab lepas ni aku mo buat cabaran yang macam ni jugak tapi cabaran sal fesyen-fesyen..HFW seperti yang dibuat oleh akak misya mialen @ owner blog Bunga dan sepet. tapi itu semuanya bergantung kepada kerajinan aku untuk mengupdate blog..ahaks..


okbai!..
http://www.emocutez.com


Day 29- In this past month, what have you learned.


aku belajar untuk menjadi penyabar..aku belajar untuk menjadi lebih kuat dalam menghadapi kehidupan.. aku jugak belajar menilai keikhlasan sahabat dan aku jugak belajar untuk terus merajinkan diri dalam setiap kerja yang di amanahkan kepadaku.. tahu tanggungjawab yang patut aku lakukan.. bukan saja untuk diriku malah untuk kedua ibu bapaku, keluargaku dan masyarakat sekelilingku..



jangan menyerah moon!!..




Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?


untuk menjawab soalan ni kena godek-godek letop dulu..carik gambar tahun lepas..ada ke tak yer yang berubahnya..hehehe

ini gambar tahun lepas.2010


gambar sekarang 2011


kalu dilihat secara kasar takdaklah berubah sangat.. biasa saja.. tapi aku berusaha untuk mengubah sikap dan kehidupan aku menjadi lebih baik untuk setiap tahun-tahun yang berikutnya..


ok selesai menjawab solan hari ke28..
http://www.emocutez.com


Thursday, December 08, 2011

Aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda!

Baiklah pada post kali ini saya kongsikan satu tip atau trik yang ringkas dan berguna iaitu cara untuk aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda.



Apa itu ‘God Mode’?

- ‘God Mode’ pada Windows 7 membolehkan anda akses kesemua setting yang terdapat pada Control Panel dalam satu folder,ianya dinamakan GodMode folder.

Bagaimanakah cara mengaktifkannya?

Caranya adalah cukup mudah.

1. Buat satu folder baru pada desktop anda misalnya.



2.Kemudian,namakan folder tersebut dengan nama GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Dan anda akan dapati satu folder dengan icon control panel akan muncul.



Apabila anda klik pada folder tersebut,anda akan dapat lihat senarai setting dalam Control Panel Windows 7 anda di dalam satu folder.Selamat mencuba!



sumber: cekapkomputer.com


Tuesday, December 06, 2011

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?

hehehe..masa aku mula-mula jumpa cabaran ini aku memang semangat mo buat.. sebab kan.. aku ni selalu ketiadaan idea untuk menulis setiap entry yang aku rasa sesuai.. jadi sementara mengisi masa lapang konon-kononnya aku try la buat.. 

disebabkan aku ni malas buka blog cabaran 30 hari ni dah jadi cabaran 365 hari..hebat tak hebat aku kan..hahahaha.. ok meh aku buktikan, post pertama aku sal cabaran ni..sila klik cabaran 30 hari mencari cinta tarikh post di buat 23 november 2010 tuh..hehehe.. takde hal la.. biasala saja suka-suka..okla itu sahaja..


till then..http://www.emocutez.com